Konco-Konco!!!

Saturday, December 3, 2011

Stacy - Jahat (akustik cover JUST FOR FUN!!!)

HAHAHAHAHA.... pertama kali cover lagu orangggg.  Dah 6 bulan lebih x pegang gitar.... bukan hebat sangatpown sebelum-sebelum nih. kesimpulannya:

  1. SUARA ENTAH KEMANA
  2. PITCHING ENTAH KEMANA
  3. TUNING ENTAH KEMANA
  4. STRUMMING ENTAH KEMANA
  5. CHORD ENTAH KEMANA
pendek kata - EPIC FAILS!!! hahahaha....  tapi video nih saje2 je JUST FOR FUN nak practice, lepas nih kalau dah hebat aku upload yang baru ek??

*Apebende laa aaku dok meroyan sorang2 nih?? layankan ajeee....*

Wednesday, November 30, 2011

Majlis Pertunangan Siti Soleha

  Ini merupakan kerja fotografi yang pertama dari saya dan juga yang melibatkan majlis pertunangan.  Oleh itu banyak kekurangan daripada gambar-gambar saya, harap kepada yang pakar sila berikan tunjuk ajar yee... Terima Kasih~~~~














Ini saja laa hasil gambar yang mampu untuk dikongsikan.... yang lain semuanya HAMPEH-HAMPEH belaka, saya tengok sendiripun rasa macam nak delete je semua gambar tu... huhuhu....  SEKIAN~~~~~

Saturday, November 19, 2011

Zombaaa...!!


Digital Painting made for my Pre-Qualification Test before entering CGSkills.... This zombie are not my drawing, I'm only painted it using GIMP 2.0 software (kinda like a Photoshop, but little bit simple..).

Friday, November 18, 2011

TERIMA KASIH....!!!!!


Alhamdullillah, selepas 3 tahun (suku) berhempas pulas di UniKL, akhirnya tamatlah perjalanan saya disini (harap2laa..).  Sekarang tibalah masa untuk meneruskan perjalanan yang lebih jauh lagi demi mengejar cita-cita (insyaALLAH..).

Sebelum meneruskan perjalanan, saya ingin singgah disini sebentar untuk mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang perjalanan aku di UniKL. 

Paling utama sekali adalah ahli Keluarga yang banyak membantu dari segi sokongan moral dan keWANGan, begitu juga kepada para pensyarah seperti En. Rafidei Mohamad, En. Zaky Qursany, Mr. M, Madam Yoi, Mdm Suzy dan semua yang pernah mengajar, mendidik dan membimbing saya sepanjang belajar di UNIKL.

Tidak lupa juga kepada semua kawan-kawan yang banyak membantu dan membimbing saya untuk siapkan Projek Akhir Tahun (FYP) ini.  Terutama sekali kepada Silmi Izzuan Simi, Nik Aslam dan Muzzammil Jamaluddin yang sentiasa dihujani oleh soalan-soalan drpd saya tidak kira siang-malam... hehe...

Akhir sekali Terima Kasih juga kepada rakan-rakan di FACEBOOK yang "Rela dalam Paksaan" membaca segala luahan perasaan saya, keTENSIONan saya, kePROBLEMan saya... (nak wat cane?? dah FB sepanjang masa tanya aku "what's on your mind?")

Sudilah kiranya menyaksikan ANIMASI PERTAMA yang terhuduh dariku... TRIMAS!!!

TexyDixy - Final Year Project (3D animation)

This is my FIRST ever 3D animation... 

I made this in rush, there's a lot of mistakes, errors and very ugly.

Some of errors and mistakes that I have detected:

  1. No Shadows
  2. Not so smooth animation
  3. Lacks of facial expression
  4. Stagging animation in water scene.
  5. UGLY textures
  6. Background seems so empty....
  7. Audio volume is too low.. (TURN UP your volume...)
All this errors happened because I'm still not use with Autodesk Maya, I've just try it in this semester, 6 semester before I only used Autodesk Softimage XSI... However, I will try to correct this animation and upload a new one, but of cause it will take time.

For the time being, just enjoy my Ugly animation first....  give comments and critics (not cursing..).

SIT BACK AND RELAX!!! ENJOY THE SHOWWSS!!!  PEACE YAWW~~~~~



Errr.......  Buruk kan??  Ehmm.. =_="

Sunday, November 13, 2011

Coming Soon - TexyDixy ( FYP teaser)!!!!



This is some of the cut scenes from my FIRST EVER 3D animation done for my Diploma in Animation, Final Year Project (UNIKL)~~~ 

Want to see the Full version??  Come to the UNIKL Animation Showcase on 14-15 November 2011 from 10am-5pm.


Since this is my FIRST time... there a lot need to be improved....  I hope for your gentle comments and critics to make my animation better in the future!!

PEACE YAWW~~~~

SUPPORT LOCAL INDUSTRY

SELAMAT BERJAYA/GOOD LUCK!!!

Esok, Isnin, 14 November 2011 bersamaan dengan 17 Zulhijjah 1432 Hijrah.

Merupakan tarikh keramat yang amat penting kepada pelajar yang berumur 17 tahun kerana esok adalah Hari Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan esok.  Diharap dapat menjawab kesemua soalan dengan tenang.  Jangan lupa baca doa sebelum, ketika dan selepas menjawab soalan, InsyaALLAH akan terhindar daripada sebarang gangguan.  Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada adik saya NUR AKMAL ASRAF yang juga akan menduduki SPM esok hari.

Selain daripada calon SPM, esok juga merupakan tarikh yang teramat penting kepada satu lagi golongan.... iaitu pelajar Diploma In Animation UniKL MIIT, kerana esok merupakan pembentangan terakhir (Final Presentation) oleh pelajar animasi untuk membentangkan Projek Akhir Tahun (Final Year Project) kami.  Pembentangan akan diadili oleh pensyarah-pensyarah animasi UniKL dan juga beberapa orang dari pihak industri (SERAMMM NII~~~~).

Oleh yang demikian, saya juga ingin mengucap SELAMAT BERJAYA kepada semua pelajar-pelajar animasi yang akan membuat pembentangan terakhir mereka pada esok hari (terutama pada diri saya sendiri).  Setelah 3 tahun bertungkus-lumus, akhirnya kini tibalah masa untuk kita tunjukkan kebolehan kita (yang tidak seberapa ini....).  Semoga segala perancangan kita berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.... INSYAALLAH!!!

*note: To all lecturers and industrial people... please be gently to us.  hehehe... (harapan laa nk gentle...)  =D

Sokonglah Industri Hiburan Tempatan

Thursday, November 3, 2011

PPSMI dimansuhkan....

Kali ini post saya nak masuk politik sikit laa ek...


Baru tadi menonton Buletin Utama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat kenyataan tidak akan tunduk dengan mana-mana rayuan untuk mewujudkan semula sistem Pelajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasai Inggeris (PPSMI) selaku dengan keputusan beliau beberapa hari lalu untuk memansuhkan PPSMI serta tiada pilihan untuk mata pelajaran tersebut.

Saya terpaksa menyentuh isu ini kerana saya rasa isu ini berkait dalam bidang Teknologi Maklumat (IT), Multimedia dan Animasi.  Ketiga-tiga bidang tersebut memerlukan pengetahuan kedua-dua mata pelajaran iaitu Sains dan Matematik, oleh itu saya rasa post saya kali ini tidaklah tersasar jauh daripada objektif sebenar blog ini harap-harapnya.

Saya memang agak kurang bersetuju dengan pemansuhan tersebut, walaubagaimanapun sebagai seorang Melayu, saya mempertimbangkan semula dan menerimanya.  Hal ini disebabkan oleh kenyataan beliau dan majoriti rakyat Malaysia yang menyokong pemansuhan tersebut adalah bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu, ingin menjadi seperti negara-negara kelas pertama yang maju dengan hanya bergantung kepada Bahasa Ibunda mereka sahaja seperti Jepun, Korea, China dan byk lagi.  Saya menerima pemansuhan secara langsung PPSMI JIKA.....

  1. Tukarkan juga mata pelajaran Sains dan Matematik (dan yang berkenaan dengannya seperti IT, multimedia, Animasi, kejuruteraan dan lain-lain) yang kini diajar dalam Bahasa Inggeris di universiti-universiti tempatan  ke Bahasa Melayu.  Hal ini untuk mengelakkan daripada pelajar-pelajar kita terutama orang Melayu yang selama 11 tahun belajar Bahasa Melayu mendapat "Kejutan Budaya" apabila mereka lanjutkan pelajaran diperingkat Universiti.  (yang mana lanjutkan pelajaran ke luar negara itu tidak boleh buat apa laa yee...)
  2. Semua guru tidak kira bangsa (terutamanya bukan berbangsa melayu) menggunakan Bahasa Melayu dalam pelajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Kerana kita boleh lihat sekarang ini mereka yang bukan berbangsa Melayu lebih senang bertutur dalam Bahasa Inggeris, kadang-kadang mereka terbawa-bawa tidak kira mengajar dalam mata pelajaran apapun (kalau mereka mengajar pendidikan senipun kadang-kadang cakap Inggeris).
  3. Perbanyakkan lagi buku-buku rujukan dan ilmu yang berkaitan sains dan matematik diterjemah dalam Bahasa Melayu.  Sekarang ini jika kita pergi kemana-mana kedai buku di Malaysia ini amat sukar untuk mendapatkan buku-buku rujukan yang diterjemah kedalam Bahasa Melayu (melainkan buku rujukan UPSR, PMR dan SPM.  Itupun selepas permansuhan ini akan ditukar semula ke Bahasa Inggeris).  
  • Pergi sahajalah ke kedai buku Kinokuniya KLCC sebagai contoh dan pergi ke bahagian Multimedia/IT... lihat buku-buku berkenaan Adobe, Gaming, 3D animation dan sebagainya... semuanya didalam Bahasa Inggeris, tiada satupun yang dalam Bahasa Melayu.  Saya tidak nafikan mungkin memang ada buku dalam Bahasa Melayu tetapi sangat kecil bilangannya dan hanya dijual dikedai-kedai buku yang kecil serta amat sukar untuk dijumpai.
    Bukan niat saya untuk menetang 100% pemansuhan ini, cuma jika ingin betul-betul ingin memartabatkan Bahasa Melayu, lakukanlah dengan secara menyeluruh bukan hangat-hangat tahi ayam (maaf kalau terkasar bahasa).  Semoga suatu hari nanti Bahasa Melayu akan menjadi 'Lingua Franca' semula seperti mana zaman kegemilangannya sewaktu Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dahulu.

    Oleh itu, saya amat berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan saya tersebut.  Saya tidak mengjangkakan yang pihak kerajaan akan dapat melaksanakan cadangan-cadangan ini dalam masa yang sangat singkat kerana saya tahu untuk melaksanakan sesuatu seperti ini memerlukan masa dan proses-proses yang tertentu.  Walaubagaimanapun saya hanya ingin melihat kesungguhan dan usaha kerajaan dalam
    memartabatkan Bahasa Melayu kita.

    Sekian, Terima Kasih.

    Sokonglah Industri Hiburan Tempatan

    Wednesday, November 2, 2011

    Coming Soon... [Pada Zaman Dahulu]

    Korang kenal tak animasi Upin dan Ipin?? Siapa tak kenal saya anggap korang nih buta huruf....  Satu Malaya kenal Upin dan Ipin termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia. 

    Animasi Upin dan Ipin dihasilkan oleh sebuah syarikat animasi buatan Malaysia iaitu Les' Copaque.  Setelah berjaya menambat hati kanak-kanak dan juga orang dewasa melalui 2 karater adik-beradik yang comel dan lincah ini, kini Les' Copaque kembali lagi dengan siri animasi yang terbaru iaitu "Pada Zaman Dahulu..." yang akan disiarkan disaluran TV Al-Hijrah.

    Mari kita saksikan sedikit Pratonton animasi 'Pada Zaman Dahulu..' - credit to Amanz Network (klik disini untuk pos yang asli)


    Rendering dia sangat best dan kelihatan lagi matang serta ada kemajuan berbanding Upin-Ipin.  Malah jalan cerita juga menarik dan pergerakkan watak yang lebih lembut.  TAHNIAH kepada Les' Copaque Production!!

    Sokonglah Industri Hiburan Tempatan

    Coming Soon.... [ParaNorman]

    Adeh... serabut kepala, FYP tak siap lagi masa dah dekat.  Buka PC godek-godek internet dulu.. tiba-tiba terjumpa trailer animasi stop-motion nih.... akan datang di pawagam Ogos 2012 (errr... agak lama lagi la...).  Macam menarik gak cerita ini...  sementara tu korang enjoy laa dulu trailer dia ek...




    Untuk keterangan lanjut boleh tengok preview ParaNorman nih dekat laman sesawang ni ek>>> http://www.imdb.com/title/tt1623288/

    Monday, October 31, 2011

    Opening title....

    Bosan-bosan tak tahu nak buat ape... (padahal kerja FYP banyak lagi) :


    I'm using Adobe After Effects for editing and compositing, Adobe Photoshop for the graphics.... Yeah I know, I'm still NOOB because this is my first time using After Effects.  I'll improvise it next time.... THX!!

    Sunday, October 2, 2011

    Merchandise... Siapa nak beli?? hehe...

    List of merchandise:
    1. poskad 5x7 = 2 design
    2. Bookmark = 2 design
    3. DVD
    Siapa-siapa yang beli boleh call/sms atau email ek?
    .
    .
    .
    .
    .

    hahaha... just kidding, ni assignment untuk subjek portfolio laa...  huhu...

    Friday, September 23, 2011

    Creative Resume!!


    HAha... takda idea laa nak buat macam mana?? Ini je yang termampu....

    Tuesday, September 20, 2011

    Hantu Bonceng "Hina" Islam?? - Jawapannya....

         Alhamdullillah, Filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham kini telah mencapai kutipan sebanyak RM8 juta lebih semenjak ditayangkan.  Walaubagaimanapun, filem ini telah mengalami kontroversi dan dikatakan bahawa mempersendakan kesucian agama Islam.

    Kontroversi ini bermula daripada review seseorang terhadap filem ini disebuah forum (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=264259) dan kini sedang hangat diperkatakan dibeberapa laman blog di Malaysia seperti http://itsmesaiful.blogspot.com/2011/09/filem-hantu-bonceng-mempersendakan.html.



     berikut merupakan ayat2 dari seseorang yang telah menonton filem Hantu Bonceng ini:
    citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM...ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat...time tu baru tau lawak ke x..
    Saya tak salahkan sesapa untuk mengkritik hasil karya kita, malah kritikan itu membantu untuk menjadikan sesuatu karya itu menjadi lebih baik, tetapi apa yang saya kesalkan adalah sikap rakyat Malaysia ini yang selalu sangat kritik mengikut perasaan tanpa mengkaji dan selidik terlebih dahulu.  Pernah tak kita terfikir mengapa filem itu dibuat sebegitu?  Apa motif scene tu macam tu?  ape pengajaran yang boleh diambil daripada scene tersebut?  Ini tidak, main sergah jee....

    Oleh yang demikian, saya terpanggil untuk membuat review saya sendiri mengenai filem ini dan secara langsung menjawab persoalan2 mengenai tuduhan mempersendakan Islam:

    1. ...g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..
    Dalam filem ini, watak zizan bersama rakannya itu merupakan seorang mat rempit yang telah tersimpang jauh daripada ajaran agama Islam... kehidupan mereka sentiasa bergelumang dengan maksiat (lumba haram dan mendapat habuan bohsia). Sudah menjadi lumrah kepada orang yang telah sesat dari jalan ALLAH ini mereka tidak lagi atau kurang rasa hormat terhadap ALLAH termasuklah rumah ALLAH.  Melalui scene zizan dan rakannye ke masjid, kite boleh tahu yang mereka telah lama tidak kemasjid melalui kata2 "Kau asal masjid je panas...", oleh itu rasa hormat serta adab mereka telah kurang (atau mungkin diorang tidak tahupun adab2 ke masjid)  orang yg dah tersesat nih bukan kate baju Death Note, baju2 band yang ade gamba syaitan terang2pown dorg selamba je bawak masuk masjid....
    Lagipun, huruf 't' pada perkataan Death Note itu lebih kepada huruf 't' dan bukannye salib seperti yang digembar-gemburkan.  Kita yang menentukan sama ada itu adalah huruf atau salib... salib juga berasal daripada huruf 't' dan salib tidak khusus kepada bentuk 't' sahaja, ada juga salib yang berbentuk '+' seperti yang digunakan oleh Pasukan Palang Merah.  Simbol '+' juga digunakan dalam mata pelajaran Matematik sejak zaman 'Tok Nadun' lagi dan satu buku teks dipenuhi dengan "salib" nih.... perlu ke kita mansuhkan mata pelajaran matematik atau mengantikkannya dengan simbol lain semata-mata ia seakan-akan salib?  Kita yang menentukan sama ada itu salib, simbol + atau huruf t...  bukannye simbol itu yg berdiri dengan sendirinya dan mengatakan "AKU ADALAH SALIB!!"

    2.   ada scene mengucap xhabis
    Baiklah, untuk kes yang ni saya boleh terima sebab diatas ketidak pekaan pengarah dan pihak penapis filem.  Di dalam scene ini menunjukkan zizan terkejut dan panik serta dalam keadaan separuh sedar (histeria) lalu menyebut syahadah "....Asyhadu anna Muhammadar.... SYAITAN!!!  TOLONG!!" atau dalam bahasa Melayunya "...Aku naik saksi bahawa Muhammad itu.....SYAITAN!! TOLONGG!!!".

    Sungguhpun begitu, saya melihat rata-rata orang Melayu (Islam) boleh dikatakan hampir semuanya menyalahkan Zizan 100% mengenai scene ini.  Scene ini merupakan scene orang yang PANIK dan HISTERIA dalam keadaan SEPARUH SEDAR, saya pasti Zizan juga tidak sedar akan apa yang dia sebutkan ketika itu kerana dia menghayati wataknya sebagai seorang yang sedang histeria, segala-segala percakapannya boleh dikatakan hampir semuanya dalam bentuk SPONTAN. Kenapa kita menghentam Zizan seorang sahaja tanpa berfikir yang dia hanya melakonkan wataknya sahaja dan menghayati wataknya.  Kalau segala wataknya terlalu dirancang lakonannya sudah tidak nampak 'natural', nanti anda juga akan kata lakonan dia kayu la apa la.... sebagai bukti yang beliau tidak sedar akan apa yang dia ucapkan ketika itu, Zizan sendiri telah meminta maaf (http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/09/isu-hina-islam-zizan-minta-maaf.html).

    Dalam hal ini, pengarah Ahmad Idham yang sepatutnya lebih peka sejak sewaktu penggambaran itu dilangsungkan lagi dan dia perlu 'reshoot' semula scene pada masa itu juga.  Begitu juga dengan pihak penapisan filem, mereka seharusnya mengesan kesilapan ini sewaktu ditayangkan kepada mereka supaya suntingan boleh dibuat terlebih dahulu sebelum ditayangkan kepada awam.

    3.   main-main ngan azan
    pasal azan ini saya rasa tiada masalah yang perlu dibangkitkan... rakannya zizan ketika itu meng-Azan-kan beliau ditepi telinganya hanya kerana ingin menghalau syaitan yang menggoda Zizan daripada melakukan maksiat... Oleh itu, saya tidak nampak pula ada unsur-unsur "hinaan" disitu, lagipun bukankah salah satu cara kalau ingin menghalau hantu/jin/syaitan selain dengan membaca surah atau berzikir adalah memang dengan cara Azan....????!!

    Yang lawaknya pada scene ini bukannya Azan tersebut, tetapi yang lawaknya adalah reaksi Zizan ketika nampak Juliana Evans dalam keadaan seksi.  Saya rasa itulah bahagian lawaknya bukannya bahagian Azannya... takde apa yang lawakpun sewaktu Azan tersebut.  Kalau anda sendiri yang merasakan Azan itu lawak itu salah anda sendiri la... bermakna andalah yang mempermainkan Azan!!

    4.   ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul
    Dalam dunia yang fana lagi mudharat ini ada 1001 satu cara penyelesaian bagi setiap permasalahan termasuklah cara ingin menghalau hantu/jin/syaitan.  Dalam 1001 cara penyelesaian ini terdapat cara yang baik dan yang tidak baik.  Sekali lagi saya ingatkan yang bahawa watak Zizan dalam cerita ini adalah sebagai SEORANG MAT REMPIT YANG SUDAH JAUH TERPESONG AKIDAHNYA.  Anda rasa sebagai seorang yang akidah telah terpesong mereka ini hafal ke surah-surah Al-Quran ini??  Baca Al-Fatihahpun belum tentu lancar.  Saya bercakap bukan melalui rasa tapi pengalaman orang-orang sekeliling dan pemerhatian.

    Maaf laa kerana panjang lebar celoteh, tapi tolong laa jangan terlalu bersikap negative... korang kate korang Islamik sangat tapi kenapa korg suka buat andaian yang terburu2??  Andaian itu merupakan permulaan kepada fitnah.... Cube korang fikirkan dulu kenapa sesuatu filem itu dibuat sebegitu, ape motif dia buat camtuh? jangan laa main sergah jaaa... GUNAKANLAH AKAL YANG ALLAH BERI KAT KORANG!!  Bukan nk sokong orang hina agama tp nk wujudkan sikap CRITICAL THINKING kat sini.  Tidak kirala dalam soal Agama ke, Politik ke, Perkauman ke, Kehidupan ke....  berfikir dulu sebelum meluahkan kata-kata, berkata dengan hati dan akal bukan dengan emosi dan amarah.  Ukur dulu tahap keimanan dalam diri sebelum berkata buruk kepada orang lain.

    Saya ada menyuarakan pendapat saya di beberapa blog yang menyiarkan isu ini namun ramai yang membidas saya dengan kata-kata kesat dan ada juga yang mengatakan bahawa pendapat saya ini seperti orang yang tidak mempelajari agama.  Kini saya ingin bertanyakan kepada anda:

    1. Perbuatan membuat andaian terburu-buru/bersangka buruk itu menghampiri kepada fitnah.  Adakah FITNAH itu merupakan sikap orang yang mempelajari agama?
    2. Adakah sering MENUDING JARI dan MENUDUH orang TANPA SIASATAN dan berfikir merupakan sikap orang yang mempelajari agama?
    3. Adakah kononnya menasihati orang dengan KATA-KATA KESAT, MAKI HAMUN itu merupakan sikap orang yang mempelajari agama?
    4. Adakah berkata-kata dengan EMOSI dan AMARAH merupakan sikap orang yang mempelajari agama?
    5. Adakah MEMPERGUNAKAN AGAMA untuk MENJATUHKAN orang lain adalah sikap orang yang mempelajari agama?
    Anda fikir-fikir dan kaji-kajikanlah, jangan renung-renungkan kerana dengan renungan sahaja tidak memperoleh apa-apa melainkan kita berfikir dan mengkaji.  Perkara yang sudah terjadi ini biarlah ia terjadi, dan kita semua jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran supaya tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan.

    "Barangsiapa tiada memegang agama
    Segala-gala tiada boleh dibilangkan nama
    Barangsiapa mengenal yang empat
    Maka yaitulah orang yang ma’rifat" - Gurindam 12, Pasal 1 oleh RAJA ALI HAJI


    *note: saya hanya meluahkan pendapat sahaja harap tidak mengecilkan hati mana-mana pihak... baca dan kaji dulu isi kandungan saya ini sebelum menghentam. - NUR SYAZWAN ARASY


    SOKONGLAH INDUSTRI HIBURAN MALAYSIA

    Tuesday, August 16, 2011

    Final Year Project!!!!


    Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua....
           
           Setelah sekian lama menyepi kini daku muncul kembali dengan entry yang terbaru.  entry kali ini merupakan mukadimah kepada perjalanan saya sepanjang semesta 7 ini iaitu semesta terakhir saya di Universiti Kuala lumpur MIIT.  
           Sedih juga laa hendak meninggalkan UniKL ini walaupun banyak kekurang yang ada pada UniKL tetapi kenangan yang terpahat sepanjang 3 tahun tersebut merupakan harta paling bermakna bersama-sama dengan pelajar-pelajar Diploma In Animation.
            Kembali kepada topik asal entry ini, kami semua pelajar animasi diberikan tugas untuk menghasilkan animasi pendek selama 3 minit sebagai Projek Akhir Tahun kami (final year project [FYP]).  Animasi pendek ini dilakukan 100% secara individu daripada peringkat mencari jalan cerita, mereka karakter, storyboard, pengarahan, modelling, animate sumenye dilakukan sendirian berhad... ADEHH~~~~  sakit otak woo!!  Kalau dah kerja nanti kerja semua dibahagi-bahagikan, tapi tidak mengapa, ini semua pengalaman.
            Berikutnya adalah sedikit sinopsis untuk animasi pendek yang bakal saya hasilkan nanti.  Yup, animasi saya memang cliche tahap gaban dan sangatlah stereotaip.. tetapi saya lakukan begini kerana saya berfikir berdasarkan kemampuan saya untuk membuat animasi dengan masa yang singkat dan juga kemampuan komputer saya yang agak terhad.  Ramai orang beranggapan "elehh.. buat kartun nih ape yang susah sangat? Lukes-lukes jeee... sekarang lagi senang dah pakai komputer!!" termasuklah saya semasa sebelum menceburi bidang ini, tetapi ternyata anda salah, anda akan menyedari bahawa lagi canggih teknologi yang digunakan lagi rumit nak buat animasi... Lainlah kalau anda mempunyai studio tercanggih dan mempunyai pekerja yang 500-600 orang macam Pixar atau Disney.  Itupun mereka memerlukan masa 2-3 tahun paling kurang untuk menyiapkan Filem Animasi yang hanya 90 minit.
           Alamak, dah terlalu panjang saya berceloteh.... baca laa sinopsis animasi pendek saya nih yee, kalau ada cadangan untuk memperbaiki jalan cerita tolong bagitahu ye, asalkan jangan laa sampai diluar kemampuan dan masa saya... hee~~~
    Klik gambar untuk besarkan
         Untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat, saya ada menyediakan animatic storyboard untuk lebih memahami bagaimana jalan cerita ini.  Selamat menonton....

    Saturday, July 2, 2011

    Kritikan VS Kutukan (versi Pengkarya)

    Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

       Pada entri saya yang sebelum ini, saya ada menegur sifat serta mentaliti sesetengah rakyat Malaysia yang sentiasa berfikiran negatif dan hanya tahu untuk memaki hamun dan mengkritik dengan cara yang sangat keji dan tidak digalakkan dalam Islam (atau lebih tepat mencaci, cela dan mengutuk) hasil karya-karya tempatan.  Namun, saya berasa amat tidak adil jika hanya menyalahkan penonton sahaja kerana pihak pengkarya juga (segelintir bukan semua) ada salahnya kadang-kala.

       Segelintir penggiat seni (filem, muzik dan sebagainya) di Malaysia mempunyai sikap tidak mahu untuk menerima idea, pendapat dan kritikan para penonton/pendengar.  Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap mereka yang mempunyai prinsip (?) "Karya Aku, Cara Aku..."

       Segelintir pengkarya yang mempunyai sikap seperti ini lah yang telah merosakkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap industri hiburan tempatan.  Bak kata pepatah, "Kerana Nila setitik, Rosak susu sebelanga."  Golongan-golongan seperti ini jika ditegur sedikit mudah sahaja untuk melenting dan cepat melatah.

       Tidak salah jika anda ingin mempunyai prinsip yang sedemikian, tetapi jika anda tidak mempunyai hasrat untuk meng-komersial-kan karya anda tersebut.  Jika anda ingin komersial-kan karya anda dan ingin 1Malaysia melihat karya anda, maka tidak seharusnya anda mengabaikan 100% segala pendapat dan pandangan pelanggan-pelanggan anda, kerana mereka inilah yang akan melaburkan wang untuk membeli karya anda serta menyokong segala usaha anda dalam industri filem.

       Sekalipun anda berhasrat ingin menetengahkan cara atau teknik baru dalam menghasilkan karya, anda harus menerangkan kepada pelanggan anda dengan cara yang baik dan elok-elok bukan dengan marah-marah dan kelihatan seperti orang yang bodoh sombong (maaf seribu kali maaf....).

       Seorang pengkarya yang baik dan berjaya akan sentiasa memperbaiki kelemahanya dengan cara memepertimbangkan segala pendapat dan pandangan peminat mereka sebagai panduan untuk mereka menghasilkan karya-karya yang lebih baik dan bermutu pada masa akan datang.  Jika perlu untuk menyertai kursus di luar negara atau mengambil tenaga pakar dari luar sebagai salah satu proses pembelajaran apa salahnya?  Sesudah kita mempunyai ilmu yang cukup dan yakin dengan diri kita barulah kita hasilkan karya yang 100% dilakukan oleh anak tempatan.

       Orang Greek pada masa dahulu terpaksa mempelajari bahasa arab semata-mata untuk mempelajari ilmu para Ilmuwan Islam dan isi kandung Al-Quran sebelum mereka membuat ciptaan-ciptaan yang digunakan pada masa kini.  Pedagang-pedagang daripada Arab, India, China dan Eropah mempelajari BAHASA MELAYU untuk berdagang di Melaka dan Acheh pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.  Jadi tidak salahkan kalau kita mengambil ilmu daripada mereka pula sebelum menjadikan ilmu kita sendiri?

      Minta maaf atas segala ketelanjuran saya dalam penulisan.  Saya hanya mahu melihat industri hiburan kita berkembang maju dan seiring dengan negara-negara lain kerana saya sayangkan negara saya.  Saya bukan seperti kebanyakkan rakyat Malaysia pada masa kini yang membenci terus karya kita dan mengagungkan karya orang lain daripada cuba untuk memperbaiki hasil karya sendiri.  Oleh itu saya berharap agar segala pandangan saya janganlah disalah anggap.  Jika ada kesalahan harap ditegur dengan baik dan aman kerana ISLAM itu AMAN.

    Sekian, Terima Kasih....


    SOKONGLAH INDUSTRI HIBURAN TEMPATAN

    Sunday, June 5, 2011

    Kritikan VS Kutukan!!

    Assalammualaikum dan selamat sejahtera!!

        Saya melihat di panggung wayang sekarang sudah semakin banyak filem tempatan yang ditayangkan dan hasil kutipannya juga boleh dikatakan amat lumayan (dan main juta-juta sahaja sekarang nih...).  Melihat hasil karya tempatan sudah semakin diterima oleh rakyat Malaysia sendiri menimbulkan rasa bangga dalam diri saya terhadap karya-karya tempatan, ditambah pula dengan kualiti filem kita sekarang ini sedang meningkat naik dari semasa ke semasa.  Pengkarya-pengkarya tempatan sekarang semakin pandai bermain dengan teknik pengcahayaan, 'camera angle', grafik seperti visual effects, special effects dan Computer Generated-Imagery (CGI), serta lain-lain elemen menarik yang sepatutnya ada dalam sesebuah filem yang berkualiti.

        Namun begitu, jika ingin dibandingkan jumlah penggemar filem tempatan ini masih ditahap terlalu minority daripada keseluruhan 27 juta rakyat Malaysia.  Malah bukan semua penonton yang menonton filem tempatan di panggung wayang itu betul-betul penggemar filem tempatan.  Mereka hanya menonton filem tersebut mungkin kerana terpaksa (nak tengok X-Men tapi tiket dah abih, alang2 dah sampai terpaksa laa tengok cerita melayu...) atau mereka sengaja menonton untuk menilai filem tempatan itu, kemudian bila keluar mereka hanya menceritakan keburukkan pada filem tersebut sahaja kepada orang lain melalui blog, facebook dan twitter.

        Tidak salah untuk mengkritik kerana kritikan itu dapat membantu meningkatkan kualiti dan menyedarkan kelemahan orang lain supaya mereka berubah kepada yang lebih elok.  Namun, apa yang saya lihat boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia tidak dapat membezakan antara kritikan dan kutukan.  Setiap kritikan yang diluahkan oleh rakyat Malaysia tidak kira la kritik filem ke, muzik ke, sukan ke, animasi ke semua yang berkaitan dengan Malaysia pasti berbaur kutukan.  Apakah beza kutukan dan kritikan? 

       Disini saya sertakan 2 jenis dialog dan tugas anda adalah membezakan mana satu kritikan dan mana satu kritikan:
    1.  "Bodoh betollaaa crite nihh!!!!  Tahpapetah.... macam K*M*K jee!!  Ada ke polis naik kreta kejar penjahat jalan kaki boleh terlepas??!! NONSENSE!!!"
    2. "Cerita ni ada subjek yang menarik sebagai sebuah cerita, tapi dorang tak pandai nak kembangkan lagi penceritaan dia.  Kalau dorang buat 'scene A' tu macam 'blablabla...' mesti jadi menarik..."
    Dapatkah anda membezakan yang mana kritikan atau kutukan?  Kalau dapat TAHNIAH saya ucapkan kerana anda memang berfikiran professional.  Kebanyakan daripada orang kita ini lagi suka mengkritik (mengutuk?) dengan cara makian, cacian, hamunan, serta mangaibkan individu yang lain.  Adakah Islam mengajar kita untuk menegur orang dengan cara-cara sebegitu? Bila bab wanita tidak bertudung, sembahyang, puasa, kahwin 4 pandai pula nak ikut cara Islam, tapi bila ihsan dengan mahkluk ciptaan Allah yang lain, kemana Islam-nya?  Bukankah lagi elok jika anda berikan pendapat dan idea-idea yang bernas jika anda rasa anda mempunyai idea yang lagi hebat-hebat kepada saluran yang betul daripada hashtag mengarut-ngarut di twitter, trolling mencarut-carut di facebook dan blog?  Senang saja, anda boleh memilih untuk hantarkan email, surat atau paling senang sekali LIKE je Official Page mana-mana syarikat produksi dan post je kat Wall atau Messages mereka idea-idea anda yang hebat itu dengan bahasa yang sangat sopan dan tidak menyakitkan hati. Kalau anda rasa anda boleh menulis skrip, anda tulisla skrip anda dan hantarkan kepada mana-mana syarikat produksi.

       Saya disini bukan untuk menegakkan benang yang basah, saya sedar dan mengaku yang karya-karya kita masih terlalu jauh lemah terutama dari segi penceritaan berbanding dengan filem-filem luar negara tetapi bukan semuanya hampeh.  Secara perlahan-perlahan saya melihat filem kita sedang mendaki tangga kejayaan, dan selaku rakyat Malaysia kita kena menyokong segala usaha yang dijalankan bukannya terlalu meng-agungkan karya luar negara sampai meng-anaktirikan karya tempatan. Janganlah dibandingkan dengan Hollywood yang sudah bikin filem semenjak tahun 1909 lagi.  Sungguhpun filem kita masih ditahap yang lemah, takkan kita hendak membiarkan dia sentiasa ditahap itu sampai 100 tahun lagi? Tidak mahu ke kita melihat filem kita bertaraf 'Internationale'?

      Hendak berjaya bukan dengan sekelip mata, perlu pengalaman yang banyak serta sokongan daripada orang kita sendiri.  Bayangkan anda ingin melakukan sesuatu pekerjaan (halal) yang anda minat sangat tetapi ditentang sekeras-kerasnya oleh orang sekeliling anda termasuklah keluarga anda sendiri, tentu anda berasa sangat kecewa dan tidak punya semangat untuk meneruskan cita-cita anda.  Begitu juga dengan pengkarya-pengkarya kita, cubalah untuk membuka hati anda terhadap karya tempatan dengan mencari elemen yang baik-baik serta memberi pandapat yang membina terhadap kelemahan.  Jangan butakan mata serta hati anda dengan kebencian, seperti anda membenci seseorang, walau sebesar gajah sekalipun kebaikan yang dilakukan tetapi anda tidak nampak, tetapi keburukan sebesar zarah anda nampak dengan terangnya.

    Saya berharap kita bersama-sama dapat memajukan industri hiburan kita (filem, animasi, drama, muzik) dengan cara yang aman dan bertolak ansur seperti ini tanpa perlu mencela, caci, maki hamun orang lain... SEKIAN.


    SOKONGLAH INDUSTRI TEMPATAN



    *Saya minta maaf jika terkasar bahasa dan terlanjur bicara, harap-harap pandangan saya ini dinilai terlebih dahulu sedalam-dalamnya sebelum membalas dengan penentangan.

    KaraK (Review)

       Assalammualaikum, lama dah tak kemaskini blog ni dah sampai bersarang dah.  Maaflah ye... banyak sangat kerja dan tanggungjawab yang harus diselesaikan.

        2 hari lepas (3 Jun 2011) saya dan rakan-rakan telah ke TGV, Wangsa Walk untuk menonton filem KaraK (asalnya nak tengok X-men:1st Class tapi 'full house').  Oleh sebab itu, saya terpanggil untuk membuat 'review' filem ni.

       Filem ini ditulis oleh Norman Abd Halim dan diarahkan oleh Yusry Abd Halim. KaraK telah diterbitkan oleh salah sebuah syarikat produksi yang amat saya kagumi di Malaysia, iaitu KRU Studios Sdn Bhd.  Saya berasa agak bangga ketika menonton filem ini kerana bagi saya KRU telah membuat lonjakkan paradigma dalam industri perfileman negara dan juga pembaharuan untuk filem yang bergenre seram terbitan karya tempatan.

       Tidak banyak filem seram di Malaysia sebelum ini yang menggunakan teknik Computer Generated-Imagery (CGI) secara meluas.  Kebanyakan entiti-entiti (hantu) yang ditonjolkan dalam filem ini juga telah lari daripada stereotype hantu-hantu yang telah sering diguna pakai dalam filem atau drama seram tempatan seperti (puntianak make-up gothic, toyol, pocong dan saka).  'Opening montage' juga amat berbeza dan sangat jarang digunakan filem-filem tempatan yang lain.  Mungkin agak melampau untuk saya katakan disini tapi bagi saya 'opening montage'nya boleh saya katakan bertaraf 'Internationale' (gaya Mamat Khalid).

       Dari segi plot pula, 45 minit yang pertama memang menarik, terkezut, seram, dan tidak bosan.  Permulaan cerita lagi sudah ditonjolkan elemen-elemen seram, suspen dan kejutan kepada penonton sehinggalah minit yang ke-45.  Saya amat tertarik dengan hantu belaan isteri 'Tok Malam' kerana KRU pandai bermain dengan teknik 'morphing' pada muka hantu tersebut yang sentiasa bertukar-tukar antara muka hantu dan muka asal pelakon selang beberapa saat.  Kalau sekali imbas memang tidak berapa perasaan sangat mukanya bertukar-tukar tapi kalau ditenung lama-lama baru perasan.

      Namun begitu, saya agak kecewa dengan 30-40 minit terakhir filem ini. Entah kemana hilangnya elemen-elemen seram, suspen dan kejutan yang diberikan pada awal-awal cerita kerana pada minit-minit yang terakhir ini anda tidak perlu tutup mata atau rasa terkejut langsungpun, segala 'twist' dalam cerita ini telah ditunjukkan dengan begitu sahaja tanpa bermain dengan elemen "Show but don't Tell".  Oleh itu penonton sudah boleh agak akan kesudahan cerita tersebut dan apa yang sebenarnya terjadi kepada pelajar-pelajar tersebut tanpa perlu tunggu sehingga tamat cerita.  Satu lagi yang saya rasa 'scene' di kubur orang asli tersebut macam ada yang tidak kena terutama apabila ada hantu-hantu backup yang seakan-akan zombie mengelilingi 'Zura' dan hantu belaan tersebut seperti begitu mudah dikalahkan oleh seorang pelajar kolej biasa.

       Walaubagaimanapun, saya percaya setiap bende ada kelemahannya dan bagi saya kelemahan dalam filem ini bukanlah sesuatu kelemahan yang begitu parah, segala kelemahan tersebut masih boleh diperbaiki pada masa akan datang.  Kejayaan yang dikecapi bukan dalam sekelip mata dan memerlukan pengalaman yang banyak dan bertimbun-timbun.  Sangat tidak adil kalau kita ingin membandingkan KRU Studios yang baru terbitkan hanya 7 buah filem (tidak sampai 10 filempun lagi) dengan syarikat produksi besar luar negara yang telah menghasilkan berpuluh-puluh filem dalam setahun.  Saya berharap agar KRU Studios tidak akan berputus asa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada. Ambil segala kritikan dan pendapat daripada penonton untuk dijadikan panduan dalam penghasilan karya baru akan datang.... InsyaALLAH!!!


    SEKIAN......



    SOKONGLAH INDUSTRI TEMPATAN