Konco-Konco!!!

Sunday, June 5, 2011

KaraK (Review)

   Assalammualaikum, lama dah tak kemaskini blog ni dah sampai bersarang dah.  Maaflah ye... banyak sangat kerja dan tanggungjawab yang harus diselesaikan.

    2 hari lepas (3 Jun 2011) saya dan rakan-rakan telah ke TGV, Wangsa Walk untuk menonton filem KaraK (asalnya nak tengok X-men:1st Class tapi 'full house').  Oleh sebab itu, saya terpanggil untuk membuat 'review' filem ni.

   Filem ini ditulis oleh Norman Abd Halim dan diarahkan oleh Yusry Abd Halim. KaraK telah diterbitkan oleh salah sebuah syarikat produksi yang amat saya kagumi di Malaysia, iaitu KRU Studios Sdn Bhd.  Saya berasa agak bangga ketika menonton filem ini kerana bagi saya KRU telah membuat lonjakkan paradigma dalam industri perfileman negara dan juga pembaharuan untuk filem yang bergenre seram terbitan karya tempatan.

   Tidak banyak filem seram di Malaysia sebelum ini yang menggunakan teknik Computer Generated-Imagery (CGI) secara meluas.  Kebanyakan entiti-entiti (hantu) yang ditonjolkan dalam filem ini juga telah lari daripada stereotype hantu-hantu yang telah sering diguna pakai dalam filem atau drama seram tempatan seperti (puntianak make-up gothic, toyol, pocong dan saka).  'Opening montage' juga amat berbeza dan sangat jarang digunakan filem-filem tempatan yang lain.  Mungkin agak melampau untuk saya katakan disini tapi bagi saya 'opening montage'nya boleh saya katakan bertaraf 'Internationale' (gaya Mamat Khalid).

   Dari segi plot pula, 45 minit yang pertama memang menarik, terkezut, seram, dan tidak bosan.  Permulaan cerita lagi sudah ditonjolkan elemen-elemen seram, suspen dan kejutan kepada penonton sehinggalah minit yang ke-45.  Saya amat tertarik dengan hantu belaan isteri 'Tok Malam' kerana KRU pandai bermain dengan teknik 'morphing' pada muka hantu tersebut yang sentiasa bertukar-tukar antara muka hantu dan muka asal pelakon selang beberapa saat.  Kalau sekali imbas memang tidak berapa perasaan sangat mukanya bertukar-tukar tapi kalau ditenung lama-lama baru perasan.

  Namun begitu, saya agak kecewa dengan 30-40 minit terakhir filem ini. Entah kemana hilangnya elemen-elemen seram, suspen dan kejutan yang diberikan pada awal-awal cerita kerana pada minit-minit yang terakhir ini anda tidak perlu tutup mata atau rasa terkejut langsungpun, segala 'twist' dalam cerita ini telah ditunjukkan dengan begitu sahaja tanpa bermain dengan elemen "Show but don't Tell".  Oleh itu penonton sudah boleh agak akan kesudahan cerita tersebut dan apa yang sebenarnya terjadi kepada pelajar-pelajar tersebut tanpa perlu tunggu sehingga tamat cerita.  Satu lagi yang saya rasa 'scene' di kubur orang asli tersebut macam ada yang tidak kena terutama apabila ada hantu-hantu backup yang seakan-akan zombie mengelilingi 'Zura' dan hantu belaan tersebut seperti begitu mudah dikalahkan oleh seorang pelajar kolej biasa.

   Walaubagaimanapun, saya percaya setiap bende ada kelemahannya dan bagi saya kelemahan dalam filem ini bukanlah sesuatu kelemahan yang begitu parah, segala kelemahan tersebut masih boleh diperbaiki pada masa akan datang.  Kejayaan yang dikecapi bukan dalam sekelip mata dan memerlukan pengalaman yang banyak dan bertimbun-timbun.  Sangat tidak adil kalau kita ingin membandingkan KRU Studios yang baru terbitkan hanya 7 buah filem (tidak sampai 10 filempun lagi) dengan syarikat produksi besar luar negara yang telah menghasilkan berpuluh-puluh filem dalam setahun.  Saya berharap agar KRU Studios tidak akan berputus asa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada. Ambil segala kritikan dan pendapat daripada penonton untuk dijadikan panduan dalam penghasilan karya baru akan datang.... InsyaALLAH!!!


SEKIAN......



SOKONGLAH INDUSTRI TEMPATAN

No comments: