Konco-Konco!!!

Tuesday, September 20, 2011

Hantu Bonceng "Hina" Islam?? - Jawapannya....

     Alhamdullillah, Filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham kini telah mencapai kutipan sebanyak RM8 juta lebih semenjak ditayangkan.  Walaubagaimanapun, filem ini telah mengalami kontroversi dan dikatakan bahawa mempersendakan kesucian agama Islam.

Kontroversi ini bermula daripada review seseorang terhadap filem ini disebuah forum (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=264259) dan kini sedang hangat diperkatakan dibeberapa laman blog di Malaysia seperti http://itsmesaiful.blogspot.com/2011/09/filem-hantu-bonceng-mempersendakan.html.



 berikut merupakan ayat2 dari seseorang yang telah menonton filem Hantu Bonceng ini:
citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM...ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat...time tu baru tau lawak ke x..
Saya tak salahkan sesapa untuk mengkritik hasil karya kita, malah kritikan itu membantu untuk menjadikan sesuatu karya itu menjadi lebih baik, tetapi apa yang saya kesalkan adalah sikap rakyat Malaysia ini yang selalu sangat kritik mengikut perasaan tanpa mengkaji dan selidik terlebih dahulu.  Pernah tak kita terfikir mengapa filem itu dibuat sebegitu?  Apa motif scene tu macam tu?  ape pengajaran yang boleh diambil daripada scene tersebut?  Ini tidak, main sergah jee....

Oleh yang demikian, saya terpanggil untuk membuat review saya sendiri mengenai filem ini dan secara langsung menjawab persoalan2 mengenai tuduhan mempersendakan Islam:

  1. ...g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..
Dalam filem ini, watak zizan bersama rakannya itu merupakan seorang mat rempit yang telah tersimpang jauh daripada ajaran agama Islam... kehidupan mereka sentiasa bergelumang dengan maksiat (lumba haram dan mendapat habuan bohsia). Sudah menjadi lumrah kepada orang yang telah sesat dari jalan ALLAH ini mereka tidak lagi atau kurang rasa hormat terhadap ALLAH termasuklah rumah ALLAH.  Melalui scene zizan dan rakannye ke masjid, kite boleh tahu yang mereka telah lama tidak kemasjid melalui kata2 "Kau asal masjid je panas...", oleh itu rasa hormat serta adab mereka telah kurang (atau mungkin diorang tidak tahupun adab2 ke masjid)  orang yg dah tersesat nih bukan kate baju Death Note, baju2 band yang ade gamba syaitan terang2pown dorg selamba je bawak masuk masjid....
Lagipun, huruf 't' pada perkataan Death Note itu lebih kepada huruf 't' dan bukannye salib seperti yang digembar-gemburkan.  Kita yang menentukan sama ada itu adalah huruf atau salib... salib juga berasal daripada huruf 't' dan salib tidak khusus kepada bentuk 't' sahaja, ada juga salib yang berbentuk '+' seperti yang digunakan oleh Pasukan Palang Merah.  Simbol '+' juga digunakan dalam mata pelajaran Matematik sejak zaman 'Tok Nadun' lagi dan satu buku teks dipenuhi dengan "salib" nih.... perlu ke kita mansuhkan mata pelajaran matematik atau mengantikkannya dengan simbol lain semata-mata ia seakan-akan salib?  Kita yang menentukan sama ada itu salib, simbol + atau huruf t...  bukannye simbol itu yg berdiri dengan sendirinya dan mengatakan "AKU ADALAH SALIB!!"

2.   ada scene mengucap xhabis
Baiklah, untuk kes yang ni saya boleh terima sebab diatas ketidak pekaan pengarah dan pihak penapis filem.  Di dalam scene ini menunjukkan zizan terkejut dan panik serta dalam keadaan separuh sedar (histeria) lalu menyebut syahadah "....Asyhadu anna Muhammadar.... SYAITAN!!!  TOLONG!!" atau dalam bahasa Melayunya "...Aku naik saksi bahawa Muhammad itu.....SYAITAN!! TOLONGG!!!".

Sungguhpun begitu, saya melihat rata-rata orang Melayu (Islam) boleh dikatakan hampir semuanya menyalahkan Zizan 100% mengenai scene ini.  Scene ini merupakan scene orang yang PANIK dan HISTERIA dalam keadaan SEPARUH SEDAR, saya pasti Zizan juga tidak sedar akan apa yang dia sebutkan ketika itu kerana dia menghayati wataknya sebagai seorang yang sedang histeria, segala-segala percakapannya boleh dikatakan hampir semuanya dalam bentuk SPONTAN. Kenapa kita menghentam Zizan seorang sahaja tanpa berfikir yang dia hanya melakonkan wataknya sahaja dan menghayati wataknya.  Kalau segala wataknya terlalu dirancang lakonannya sudah tidak nampak 'natural', nanti anda juga akan kata lakonan dia kayu la apa la.... sebagai bukti yang beliau tidak sedar akan apa yang dia ucapkan ketika itu, Zizan sendiri telah meminta maaf (http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/09/isu-hina-islam-zizan-minta-maaf.html).

Dalam hal ini, pengarah Ahmad Idham yang sepatutnya lebih peka sejak sewaktu penggambaran itu dilangsungkan lagi dan dia perlu 'reshoot' semula scene pada masa itu juga.  Begitu juga dengan pihak penapisan filem, mereka seharusnya mengesan kesilapan ini sewaktu ditayangkan kepada mereka supaya suntingan boleh dibuat terlebih dahulu sebelum ditayangkan kepada awam.

3.   main-main ngan azan
pasal azan ini saya rasa tiada masalah yang perlu dibangkitkan... rakannya zizan ketika itu meng-Azan-kan beliau ditepi telinganya hanya kerana ingin menghalau syaitan yang menggoda Zizan daripada melakukan maksiat... Oleh itu, saya tidak nampak pula ada unsur-unsur "hinaan" disitu, lagipun bukankah salah satu cara kalau ingin menghalau hantu/jin/syaitan selain dengan membaca surah atau berzikir adalah memang dengan cara Azan....????!!

Yang lawaknya pada scene ini bukannya Azan tersebut, tetapi yang lawaknya adalah reaksi Zizan ketika nampak Juliana Evans dalam keadaan seksi.  Saya rasa itulah bahagian lawaknya bukannya bahagian Azannya... takde apa yang lawakpun sewaktu Azan tersebut.  Kalau anda sendiri yang merasakan Azan itu lawak itu salah anda sendiri la... bermakna andalah yang mempermainkan Azan!!

4.   ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul
Dalam dunia yang fana lagi mudharat ini ada 1001 satu cara penyelesaian bagi setiap permasalahan termasuklah cara ingin menghalau hantu/jin/syaitan.  Dalam 1001 cara penyelesaian ini terdapat cara yang baik dan yang tidak baik.  Sekali lagi saya ingatkan yang bahawa watak Zizan dalam cerita ini adalah sebagai SEORANG MAT REMPIT YANG SUDAH JAUH TERPESONG AKIDAHNYA.  Anda rasa sebagai seorang yang akidah telah terpesong mereka ini hafal ke surah-surah Al-Quran ini??  Baca Al-Fatihahpun belum tentu lancar.  Saya bercakap bukan melalui rasa tapi pengalaman orang-orang sekeliling dan pemerhatian.

Maaf laa kerana panjang lebar celoteh, tapi tolong laa jangan terlalu bersikap negative... korang kate korang Islamik sangat tapi kenapa korg suka buat andaian yang terburu2??  Andaian itu merupakan permulaan kepada fitnah.... Cube korang fikirkan dulu kenapa sesuatu filem itu dibuat sebegitu, ape motif dia buat camtuh? jangan laa main sergah jaaa... GUNAKANLAH AKAL YANG ALLAH BERI KAT KORANG!!  Bukan nk sokong orang hina agama tp nk wujudkan sikap CRITICAL THINKING kat sini.  Tidak kirala dalam soal Agama ke, Politik ke, Perkauman ke, Kehidupan ke....  berfikir dulu sebelum meluahkan kata-kata, berkata dengan hati dan akal bukan dengan emosi dan amarah.  Ukur dulu tahap keimanan dalam diri sebelum berkata buruk kepada orang lain.

Saya ada menyuarakan pendapat saya di beberapa blog yang menyiarkan isu ini namun ramai yang membidas saya dengan kata-kata kesat dan ada juga yang mengatakan bahawa pendapat saya ini seperti orang yang tidak mempelajari agama.  Kini saya ingin bertanyakan kepada anda:

  1. Perbuatan membuat andaian terburu-buru/bersangka buruk itu menghampiri kepada fitnah.  Adakah FITNAH itu merupakan sikap orang yang mempelajari agama?
  2. Adakah sering MENUDING JARI dan MENUDUH orang TANPA SIASATAN dan berfikir merupakan sikap orang yang mempelajari agama?
  3. Adakah kononnya menasihati orang dengan KATA-KATA KESAT, MAKI HAMUN itu merupakan sikap orang yang mempelajari agama?
  4. Adakah berkata-kata dengan EMOSI dan AMARAH merupakan sikap orang yang mempelajari agama?
  5. Adakah MEMPERGUNAKAN AGAMA untuk MENJATUHKAN orang lain adalah sikap orang yang mempelajari agama?
Anda fikir-fikir dan kaji-kajikanlah, jangan renung-renungkan kerana dengan renungan sahaja tidak memperoleh apa-apa melainkan kita berfikir dan mengkaji.  Perkara yang sudah terjadi ini biarlah ia terjadi, dan kita semua jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran supaya tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan.

"Barangsiapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilangkan nama
Barangsiapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat" - Gurindam 12, Pasal 1 oleh RAJA ALI HAJI


*note: saya hanya meluahkan pendapat sahaja harap tidak mengecilkan hati mana-mana pihak... baca dan kaji dulu isi kandungan saya ini sebelum menghentam. - NUR SYAZWAN ARASY


SOKONGLAH INDUSTRI HIBURAN MALAYSIA

No comments: