Konco-Konco!!!

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!!




Apa khabar kawan-kawan!! Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh rakyat MALAYSIA terutama yang mengenali diri ini.

Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan kepada rakan-rakan semua di atas kesalahan yang pernah saya lakukan selama anda berkawan dengan saya sama ada yang zahir (mengutuk, mengejek, memangkah, memaku, memerli, mengusik, bergurau secara berlebihan dan lain-lain) ataupun yang batin (mengumpat, bersangka buruk, cemburu, mengaibkan, mencuri, mengata blakang2 dan lain-lain). Semoga Aidilfitri tahun ini menjadi Aidilfitri yang bermakna kepada kita semua dan harap-harap ALLAH memanjangkan umur kite supaya dapat merasa Aidilfitri pada tahun akan datang.

Di dalam kta bergembira, janganlah kta lupa kepada yang berduka. Sambutlah Aidilfitri ini dengan bersederhana agar diredhai oleh ALLAH S.W.T. Doakanlah kesejahteraan kepada yang telah pergi meninggalkan kita agar roh mereka dikalangan orang-orang yang beriman. Berhati-hati ketika dalam perjalanan untuk pulang ke kampung ataupown perjalanan untuk menziarahi rumah teman dan saudara. Jangan sampai mereka pula yang menziarah 'rumah' kita...

Sekian sahaja ucapkan Hari Raya tulus ikhlas daripada hati saya, Nur Syazwan Arasy Bin Norazmy alias SHAUN.

Sokonglah Industri Animasi Malaysia

Friday, September 11, 2009

Belajar Tangkap Gambar la pulak!!!

Helloooo.... nak tanya sikit boleh?? Siapa kt sini suka tangkap gambar?? Tipoo arr kalo kata tak suke, hampir semua orang suka tangkap gambar, lebih-lebih lagi kalau ade DSLR betol tak?? Hehe.. semester 3 nih, kami ada subjek yang bernama 'Visual Communication'. Subjek nih banyak mengajar cara-cara untuk berkomunikasi melalui visual seperti animasi, iklan, grafik design dan juga fotografi.

Kami belajar basics dalam photography untuk subjek nih, memula tuh rase cam xbest sebab kene lanje banyak nak kene beli DSLR tapi bila dah dapat dan dah taw sikit care nk tangkap gmbr dengan btol rase seronok lak... hehehe...

Di sini ade disertakan gambar-gambar yang terbaek daripada yang terhodoh sepanjang pengalaman aku menggunakan DSLR ( baru 3 bulan kot...).


































Gambar yang seterusnya ni bukan aku yang amik tapi saje suke aty nk letak dalam blog ni sebab die ade dalam kamera aku... hee~













Saturday, September 5, 2009

Sama Tapi Tak Serupa!!!

Hai warga Animasi semua? Apa khabar? Maaflah kerana sudah lama tidak kemaskini blog animasi ini, agak sibuk la dengan assignment yang datang bertubi-tubi dan kelembapan internet dirumah saya juaga merupakan salah satu faktor saya tidak kemaskini blog ini sekian lama.

Hari ini saya hendak berkongsikan hasil kerja terbaru saya untuk subject Colour and Media 1 iaitu Vector Art. Adobe Illustrator merupakan media yang saya gunakan untuk buat Vector Art ini.



Haha.. inilah hasil vector art saya, memang buruk kerana ini kali pertama saya belajar buat vector dan kali pertama menggunakan adobe illustrator tetapi saya berjanji pada diri saya sendiri yang saya akan sentiasa berlatih untuk memperbaiki vector saya ini. Sila berikan respon yang membina kepada saya untuk saya lebih maju lagi. Sekian, Terima Kasih.

Penghargaan kepada :Nizzam Baharuddin (jejaka dalam gambar)