Konco-Konco!!!

Sunday, February 8, 2009

Rumahku!!

Hai semua!! Saya kembali lagi setelah sekian lama menyepikan diri. Kenapa? Macam biasa arr, banyak 'assignment' yang perlu disiapkan dan salah satunya adalah 3D Modelling. Setelah lama bertungkus lumus, akhirnya siap juga 3D modelling saya, kami ditelah diberi tugasan untuk memodelkan ruang dalaman sebuah rumah, tetapi hanya menggunakan peralatan yang sahaja dahulu. Walaubagaimanpun, saya amat berbangga dengan diri saya kerana berjaya membuat 3D. Saya rasa amat seronok dan gembira setelah melihat hasilnya. Oleh itu, dengan bangganya saya menunjukkan kepada anda hasil kerja saya walaupun tidak cantik.



Hahaha... saya tau, agak x lawa, tetapi saya tetap berbangga dengan hasil kerja saya. Satu hari nanti, saya yakin saya akan berjaya buat dengan lebih baik dan lebih cantik daripada ini. Teruskan menyokong industi animasi tempatan. Sekian, terima kasih.

Note: Jangan lupa saksikan Geng: Pengembaraan Bermula di pawagam berhampiran anda pada 12 Februari 2009 ini.