Konco-Konco!!!

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Friday, April 27, 2012

AVENGERS - Quick Review

Akhirnya,  filem yang dinantikan oleh sekelian manusia yang merupakan penggemar komik atau kartun adiwira keluaran Marvel iaitu Avengers telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia semalam (Khamis 25/4/2012).  Alhamdullillah, saya berpeluang menjadi antara rakyat Malaysia yang terawal menonton filem ini.

Oleh kerana ilmu perfileman saya sangat cetek, saya akan melakukan review pantas dan ringkas sahaja mengenai filem AVENGERS ini:

AVENGERS

    Melalui pandangan saya yang kurang pengetahuan dalam ilmu perfileman ini, filem Avengers sangat menarik untuk ditonton dan boleh dikatakan puas hati serta anda pasti tidak akan berasa kecewa (terpulang kepada individu) apabila menontonnya.  Kehebatan Hollywood dalam kesan khas dan CGI tidak perlu dipertikaikan lagi, penyusunan jalan cerita yang menarik dan teratur.
 
    Walaubagaimanpun, pada saya, filem ini agak kekurangan faktor WOW-nya dalam memperkenalkan setiap Adiwira tersebut dan juga ketika satu adiwira berjumpa dengan satu adiwira yang lain. Saya kurang berasa teruja apabila setiap Adiwira itu muncul dalam filem ini, perasaan teruja yang saya maksudkan adalah seperti "Weh, Ironman nak keluar!! Ironman nak keluar weh!!! WOooo... COOOLL!!!", (macam itulah lebih kurang.. hehe.. =D).  Sungguhpun begitu, terpulanglah kepada anda.. mungkin anda dapat merasakan keterujaan yang saya maksudkan kerana 'Roh' adiwira tersebut telah meresapkan kedalam jiwa anda. hehe...


Review mengenai setiap watak utama:

Bruce Banner/HULK - Seorang adiwira yang sempoi tetapi sangat kuat serta kadang-kala ada unsur humour.  Filem ini mula hidup apabila Dr. Banner bertukar menjadi Hulk.

Tony Stark/Ironman - merupakan penyeri dan penambah perisa kepada filem ini dek kerana aksi-aksi lawak yang beliau lakukan.  Beliau juga mempunyai memainkan peranan penting dalam pasukan Avengers.

Captain America - Mempunyai semangat serta ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan berwibawa.

Thor - Tidak begitu banyak peranan, tetapi sangat membantu pasukan Avengers dalam menetang makhluk asing ketika keadaan huru-hara.

Hawkeye - COOL!!  Modern Legolas....  rasa macam nak belaja memanah pula.

Black Widow - WoW!  FANTASTIC BABY!

Nick Fury - Mula-mula kelihatan seperti beliau ingin mempergunakan Avengers dan mempunyai agenda tersembunyi.  Rupa-rupanya beliaulah yang mempertahankan dan paling mempercayai The Avengers.

Sekian sahaja review saya untuk filem Avengers ini, ingin saya tekankan disini segala pendapat saya mengenai filem ini hanyalah berdasarkan citarasa dan fahaman saya sahaja.  Mungkin berbeza pula dari padangan anda.  Oleh itu, jika ingin mengetahui filem ini berjaya atau tidak, tontonilah sendiri filem ini dipawagam berhampiran anda ya?

Sekian, Terima Kasih.

p/s: Sampai mengigau-igau jugalah lepas tengok filem ini.. hehehe... =D

Wednesday, April 25, 2012

Nice Song, Nice Animation

Sekian lama tak mengemas kini... tak tahu nak update ape kt blog nih.  hehe...  Layan je laa video nih, menarik gak lagu n animation dia.  Credit to Nik Aslam (my Mok Brother).



Sunday, March 25, 2012

Seni Buat Ibunda...

   Pada Tanggal 22 Mac 2012 yang lalu bersamaan dengan 29 Rabiul Akhir 1433 Hijrah, maka genaplah umur ibuku yang ke Jubli Perak, iaitu 50 tahun.  Alhamdullillah, sudah 50 tahun Ibuku menetap dibumi Allah ini.  Harapnya semoga Allah memanjangkan lagi usia ibuku serta dalam keadaan sihat sejahtera supaya dapat dia melihat saya berjaya dalam dunia dan akhirat. InsyaALLAH.

Sempena dengan Hari LAhirnya yang ke-50 tahun ini, saya telah bercadang untuk memberikan hadiah istimewa buat dia.  Saya hanyalah seorang pelajar dan masih belum bekerja, oleh itu saya tidak punya wang untuk membelikan ibundaku hadiah yang mahal-mahal.  Saya ingin menghadiahkan dia sesuatu yang kekal lama, jika saya hadiahkan pakaian, kasut atau seumpama dengannya.. barang2 itu semua tidak tahan lama... Pakaian bile lusuh akan jadi buruk dan disimpan. kasut jika haus akan dibuang.  Ingin saya hadiahkan barang kemas tidak bermodala pula.

Oleh itu, saya telah menyiapkan sebuah digital painting khas buat Ibunda tercinta.  Makan masa 2 minggu untuk siapkan sebab sehari cuma boleh luangkan masa selama 2jam sahaja untuk buat Digital Painting ini.  Waktu lain itu terpaksa dipenuhkan dengan tugas-tugas sebagai anak sulung... huhu...  Kalau orang lain yang lukis dalam 2 minggu mesti realistik gila, tapi apakan daya saya.


Inilah sahaja hasil seni saya buat Ibunda, walaupun tak realistik 100 peratus tapi bolehlaaa... saya juga masih lemah lagi dalam penghasilan potrait.  Bak kata pepatah Melayu, "Serupa tapi tak sama".  hehe...

Sekian sahaja untuk saya hari ini. Selamat Hari Lahir Ibuku, Wan Shakhariah Anum bte Wan Ahmad Kamal.  Tidak lupa juga kepada Nenda yang dikasihi yang juga menyambut Hari Lahirnya pada bulan ini iaitu Hasiah Tuah.

Tuesday, March 13, 2012

Bola Kampung The Movie 3D!!

Assalammualaikum semua,
    Pada malam ini, saya berasa sungguh berbangga terhadap peningkatan yang ditunjukkan oleh animasi Malaysia.  Setelah kejayaan filem animasi Seefood yang sedang ditayangkan dipawagam sekarang, saya terlihat trailer sebuah lagi filem animasi dari Malaysia yang InsyaALLAH bakal ditayangkan pada tahun ini juga.  Terima Kasih kepada kawan saya yang post trailer ini di Facebook.

   Pasti anda pernah mendengar mengenai animasi 2D Bola Kampungkan?  Animasi tersebut pernah ditayangkan disaluran Disney Channel, dan pada tahun ini pihak Animasia Studio Sdn. Bhd telah menghasilkan Bola Kampung The Movie tetapi dalam bentuk 3D

Mari kita lihat trailer filem animasi Malaysia yang terbaru ini:


Bagaimana?? COOL tak??  hehe... tengok trailerpun dan macam menarik, harap-harapnya Bola Kampung the Movie ini tidak akan menghampakan rakyat Malaysia terutama penggemar animasi.

Untuk kepastian dan keterangan lanjut sila layari laman sesawang rasmi BolaKampungMovie


SOKONGLAH INDUSTRI HIBURAN TEMPATAN

Thursday, March 8, 2012

SeeFood: Paradigma Dunia Animasi Malaysia!! (Review)



TERBAIK!!! Hanya itulah yang mampu dikatakan oleh saya selepas menonton filem animasi terbaru dari Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat Silver Ant Sdn Bhd.  Walaupun mungkin bukan yang terbaik di dunia tapi bagi saya ia adalah "masterpiece" yang TERBAIK pernah Malaysia hasilkan.

   Sebelum saya memberikan pendapat saya mengenai filem Animasi berbahasa Inggeris pertama Malaysia ini, saya ingin memberikan beberapa maklumat mengenai filem animasi ini kepada rakyat Malaysia yang belum mengetahuinya.  Saya yakin pasti ramai rakyat Malaysia yang terkeliru ataupun langsung tak tahu yang filem Seefood ini adalah hasil daripada anak watan dan dibantu oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia serta saluran Kanak-Kanak Al-Jazeera.


   Melalui pengarahnya, iaitu Goh Aun Hee berserta HANYA 35 JURU ANIMASI sahaja daripada Silver Ant dan dihasilkan selama 2 tahun 4 bulan, mereka telah berjaya menghasilkan sebuah animasi bertaraf antarabangsa dan telah menembusi pasaran di lebih 90 buah negara.  Selain itu, Seefood juga telah berjaya memenangi Animator 3D Terbaik, Kompositor/Vfx Animasi Terbaik dan Montaj Animasi Terbaik pada Anugerah Karyawan Animasi Malaysia 2011.


SINOPSIS: Filem Seefood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup, seekor ikan Yu Buluh dan Julius, seekor jerung insang putih, akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.

Apabila berdozen telur ikan Yu buluh dari terumbu karang dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan telur-telur tersebut, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut.
Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.

Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, yang merupakan sahabat karib Pup muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya.

Dengan sut istimewa mereka, yang direka oleh seekor sotong kurita yang genius di dunia lautan bernama Occto, Julius telah menunjukkan keupayaan seekor jerung untuk mengembara di daratan. Melalui misi menyelamat ini terdapat pelbagai aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!

(Dicedok sedikit daripada blog RotiKaya dan diolah semula oleh Syazwan)


Pendapat:
Berikut pula adalah pendapat saya mengenai keseluruhan filem animasi ini, mengikut tahap ilmu yang saya ada dalam bidang animasi ini:

Graphic and Animation: Bagi saya, selaku seorang yang masih baru, amatur dan masih belajar dalam bidang animasi ini, dari segi graphic bagi saya sudah hampir sempurna dan hampir tidak dapat dikesan akan kesalahannya (mungkin kerana ilmu saya yang masih kurang). 

Rendering yang cantik, terutama ketika berada dalam laut, tapi mungkin bagi saya ada sedikit kesilapan sewaktu watak-watak ini berada dipermukaan air kerana seperti terlalu berkilat (tapi ia hanyalah kesalahan yang sangat kecil, kepada mereka yang tidak tahu akan menghiraukannya).

Watak-watak yang dihasilkan pula comel-comel belaka dan boleh dijadikan ikon serta daya penarik kepada kanak-kanak.

Manakala dari segi pergerakan animasinya pula sangat smooth, natural dan tidak kaku seperti mana-mana animasi Malaysia yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Storyline/Jalan Cerita:  Jalan cerita pula bagi saya menghiburkan tetapi masih kurang pengisian lawaknya juga elemen kejutan.  Susunan plotnya masih boleh diperbaiki untuk menjadikan cerita ini lebih menyerlah dan menyentuh emosi.  Keseluruhannya, animasi Seefood ini menarik untuk ditonton dan menghiburkan serta dapat menambat hati saya.

Moral of the Story/Pengajaran:  Hentikan pemburuan haram yang mengganggu populasi spesis haiwan terancam serta kurangkan pencemaran.  Pentingkan nilai-nilai persahabatan tanpa mengira spesis haiwan seperti jerung, ikan yu, sotong, ayam, ketam, penyu dan lain-lain (sila terjemahkan dalam dunia manusia.. hehehe...).  Akhir sekali, jangan takut untuk keluar dari kepompong dan zon selesa, terokai dunia luar yang lebih luas dan penuh dengan dugaan-cabaran.  Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu dan jangan cepat mengalah (dan menolakkan kepada takdir semata-mata).

Antara poster promo animasi Seefood pasaran antarabangsa

 Sekian sahaja review saya untuk filem animasi kebanggaan Malaysia ini, iaitu Seefood.  Maaflah jika review saya ini terlalu panjang dan tidak menarik sebab saya jarang buat review.. hehe...

Kepada yang belum menonton filem Seefood ini, saya syorkan agar anda semua pergilah menonton sendiri filem ini sebelum membuat penilaian yang membuta-tuli serta hanya mendengar pendapat mereka yang minda tidak berkembang dan hanya tersekat kepada memandang keburukkan semata-mata.  Cubalah untuk menerima dan menilai kemajuan yang kita alami setelah 54 tahun kita merdeka.  Jangan hanya memandang kepada kesilapan sahaja, seperti kesilapan ini langsung tidak boleh diperbaiki dan mengharapkan segala yang kita buat terus-terus boleh jadi sempurna.  Jangan terus meng-agungkan karya luar dan terus menolak bulat-bulat karya tempatan tanpa usul periksa.

Maaflah kerana saya terlalu beremosi, tetapi saya sudah letih, penat dan hampa dengan sikap dan pemikiran rakyat Malaysia ini yang sering berprasangka buruk terhadap karya tempatan, menjadikan satu-dua karya kita yang tidak berjaya itu sebagai alasan untuk terus menolak karya-karya anak tempatan yang lain tanpa membuat kajian terlebih dahulu. 

Sekian, terima kasih.

Sunday, February 12, 2012

MANTERA - Paradigma Dunia CGI Malaysia!

MANTERA - sebuah filem Science Fiction (Sci-Fi) pertama yang menggunakan CGI secara meluas dihasilkan oleh Malaysia (Flare Studio) dan kerjasama dengan Spacetoon Media Hub.  Watak utama filem ini dilakonkan oleh juara One In A Million musim ke-3 iaitu Tomok (vokalis kumpulan New Boyz).

Filem ini mengenai seorang budak lelaki, Azman (Tomok) yang menemui sarung tangan berteknologi nano yang membolehkan motosikalnya berubah bentuk menjadi zirah badan mekanikal.

Memandangkan filem ini adalah percubaan pertama dari Malaysia, saya takkan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada filem ini terutamanya dari segi CGI atau Penceritaan (storyline).

Walaubagaimanapun, saya masih berbangga sebab ada melihat peningkatan dari segi kualiti dalam filem Malaysia.
Industri CGI kita masih lagi baru dan melalui proses pembelajaran, masih banyak kajian yang perlu dilakukan dan juga memerlukan kos yang tinggi.

Berilah ruang kepada industri kita untuk berkembang, janganlah hanya menilai dari segi keburukan sahaja tetapi nilailah dari segi perubahan yang telah kita alami dari awal-awal dunia CGI atau animasi 3D diperkenalkan di Malaysia sekitar pertengahan tahun 90-an sehingga sekarang.  Bagi saya banyak perubahan yang boleh dibanggakan jika anda betul-betul mengikuti atau mengkaji perkembangan animasi 3D/CGI di Malaysia.  Kalau kita terus berusaha dan memberikan kepercayaan kita kepada industri animasi kita, InsyaALLAH kita akan dapat bersaing di peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai filem MANTERA ini bolehlah layari :
www.ManteraTheMovie.com
ManteraTheFacebook

SOKONGLAH INDUSTRI HIBURAN MALAYSIA

Saturday, December 3, 2011

Stacy - Jahat (akustik cover JUST FOR FUN!!!)

HAHAHAHAHA.... pertama kali cover lagu orangggg.  Dah 6 bulan lebih x pegang gitar.... bukan hebat sangatpown sebelum-sebelum nih. kesimpulannya:

  1. SUARA ENTAH KEMANA
  2. PITCHING ENTAH KEMANA
  3. TUNING ENTAH KEMANA
  4. STRUMMING ENTAH KEMANA
  5. CHORD ENTAH KEMANA
pendek kata - EPIC FAILS!!! hahahaha....  tapi video nih saje2 je JUST FOR FUN nak practice, lepas nih kalau dah hebat aku upload yang baru ek??

*Apebende laa aaku dok meroyan sorang2 nih?? layankan ajeee....*

Sunday, November 13, 2011

SELAMAT BERJAYA/GOOD LUCK!!!

Esok, Isnin, 14 November 2011 bersamaan dengan 17 Zulhijjah 1432 Hijrah.

Merupakan tarikh keramat yang amat penting kepada pelajar yang berumur 17 tahun kerana esok adalah Hari Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan esok.  Diharap dapat menjawab kesemua soalan dengan tenang.  Jangan lupa baca doa sebelum, ketika dan selepas menjawab soalan, InsyaALLAH akan terhindar daripada sebarang gangguan.  Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada adik saya NUR AKMAL ASRAF yang juga akan menduduki SPM esok hari.

Selain daripada calon SPM, esok juga merupakan tarikh yang teramat penting kepada satu lagi golongan.... iaitu pelajar Diploma In Animation UniKL MIIT, kerana esok merupakan pembentangan terakhir (Final Presentation) oleh pelajar animasi untuk membentangkan Projek Akhir Tahun (Final Year Project) kami.  Pembentangan akan diadili oleh pensyarah-pensyarah animasi UniKL dan juga beberapa orang dari pihak industri (SERAMMM NII~~~~).

Oleh yang demikian, saya juga ingin mengucap SELAMAT BERJAYA kepada semua pelajar-pelajar animasi yang akan membuat pembentangan terakhir mereka pada esok hari (terutama pada diri saya sendiri).  Setelah 3 tahun bertungkus-lumus, akhirnya kini tibalah masa untuk kita tunjukkan kebolehan kita (yang tidak seberapa ini....).  Semoga segala perancangan kita berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.... INSYAALLAH!!!

*note: To all lecturers and industrial people... please be gently to us.  hehehe... (harapan laa nk gentle...)  =D

Sokonglah Industri Hiburan Tempatan

Thursday, November 3, 2011

PPSMI dimansuhkan....

Kali ini post saya nak masuk politik sikit laa ek...


Baru tadi menonton Buletin Utama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat kenyataan tidak akan tunduk dengan mana-mana rayuan untuk mewujudkan semula sistem Pelajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasai Inggeris (PPSMI) selaku dengan keputusan beliau beberapa hari lalu untuk memansuhkan PPSMI serta tiada pilihan untuk mata pelajaran tersebut.

Saya terpaksa menyentuh isu ini kerana saya rasa isu ini berkait dalam bidang Teknologi Maklumat (IT), Multimedia dan Animasi.  Ketiga-tiga bidang tersebut memerlukan pengetahuan kedua-dua mata pelajaran iaitu Sains dan Matematik, oleh itu saya rasa post saya kali ini tidaklah tersasar jauh daripada objektif sebenar blog ini harap-harapnya.

Saya memang agak kurang bersetuju dengan pemansuhan tersebut, walaubagaimanapun sebagai seorang Melayu, saya mempertimbangkan semula dan menerimanya.  Hal ini disebabkan oleh kenyataan beliau dan majoriti rakyat Malaysia yang menyokong pemansuhan tersebut adalah bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu, ingin menjadi seperti negara-negara kelas pertama yang maju dengan hanya bergantung kepada Bahasa Ibunda mereka sahaja seperti Jepun, Korea, China dan byk lagi.  Saya menerima pemansuhan secara langsung PPSMI JIKA.....

  1. Tukarkan juga mata pelajaran Sains dan Matematik (dan yang berkenaan dengannya seperti IT, multimedia, Animasi, kejuruteraan dan lain-lain) yang kini diajar dalam Bahasa Inggeris di universiti-universiti tempatan  ke Bahasa Melayu.  Hal ini untuk mengelakkan daripada pelajar-pelajar kita terutama orang Melayu yang selama 11 tahun belajar Bahasa Melayu mendapat "Kejutan Budaya" apabila mereka lanjutkan pelajaran diperingkat Universiti.  (yang mana lanjutkan pelajaran ke luar negara itu tidak boleh buat apa laa yee...)
  2. Semua guru tidak kira bangsa (terutamanya bukan berbangsa melayu) menggunakan Bahasa Melayu dalam pelajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Kerana kita boleh lihat sekarang ini mereka yang bukan berbangsa Melayu lebih senang bertutur dalam Bahasa Inggeris, kadang-kadang mereka terbawa-bawa tidak kira mengajar dalam mata pelajaran apapun (kalau mereka mengajar pendidikan senipun kadang-kadang cakap Inggeris).
  3. Perbanyakkan lagi buku-buku rujukan dan ilmu yang berkaitan sains dan matematik diterjemah dalam Bahasa Melayu.  Sekarang ini jika kita pergi kemana-mana kedai buku di Malaysia ini amat sukar untuk mendapatkan buku-buku rujukan yang diterjemah kedalam Bahasa Melayu (melainkan buku rujukan UPSR, PMR dan SPM.  Itupun selepas permansuhan ini akan ditukar semula ke Bahasa Inggeris).  
  • Pergi sahajalah ke kedai buku Kinokuniya KLCC sebagai contoh dan pergi ke bahagian Multimedia/IT... lihat buku-buku berkenaan Adobe, Gaming, 3D animation dan sebagainya... semuanya didalam Bahasa Inggeris, tiada satupun yang dalam Bahasa Melayu.  Saya tidak nafikan mungkin memang ada buku dalam Bahasa Melayu tetapi sangat kecil bilangannya dan hanya dijual dikedai-kedai buku yang kecil serta amat sukar untuk dijumpai.
    Bukan niat saya untuk menetang 100% pemansuhan ini, cuma jika ingin betul-betul ingin memartabatkan Bahasa Melayu, lakukanlah dengan secara menyeluruh bukan hangat-hangat tahi ayam (maaf kalau terkasar bahasa).  Semoga suatu hari nanti Bahasa Melayu akan menjadi 'Lingua Franca' semula seperti mana zaman kegemilangannya sewaktu Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dahulu.

    Oleh itu, saya amat berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan saya tersebut.  Saya tidak mengjangkakan yang pihak kerajaan akan dapat melaksanakan cadangan-cadangan ini dalam masa yang sangat singkat kerana saya tahu untuk melaksanakan sesuatu seperti ini memerlukan masa dan proses-proses yang tertentu.  Walaubagaimanapun saya hanya ingin melihat kesungguhan dan usaha kerajaan dalam
    memartabatkan Bahasa Melayu kita.

    Sekian, Terima Kasih.

    Sokonglah Industri Hiburan Tempatan

    Wednesday, November 2, 2011

    Coming Soon... [Pada Zaman Dahulu]

    Korang kenal tak animasi Upin dan Ipin?? Siapa tak kenal saya anggap korang nih buta huruf....  Satu Malaya kenal Upin dan Ipin termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia. 

    Animasi Upin dan Ipin dihasilkan oleh sebuah syarikat animasi buatan Malaysia iaitu Les' Copaque.  Setelah berjaya menambat hati kanak-kanak dan juga orang dewasa melalui 2 karater adik-beradik yang comel dan lincah ini, kini Les' Copaque kembali lagi dengan siri animasi yang terbaru iaitu "Pada Zaman Dahulu..." yang akan disiarkan disaluran TV Al-Hijrah.

    Mari kita saksikan sedikit Pratonton animasi 'Pada Zaman Dahulu..' - credit to Amanz Network (klik disini untuk pos yang asli)


    Rendering dia sangat best dan kelihatan lagi matang serta ada kemajuan berbanding Upin-Ipin.  Malah jalan cerita juga menarik dan pergerakkan watak yang lebih lembut.  TAHNIAH kepada Les' Copaque Production!!

    Sokonglah Industri Hiburan Tempatan

    Coming Soon.... [ParaNorman]

    Adeh... serabut kepala, FYP tak siap lagi masa dah dekat.  Buka PC godek-godek internet dulu.. tiba-tiba terjumpa trailer animasi stop-motion nih.... akan datang di pawagam Ogos 2012 (errr... agak lama lagi la...).  Macam menarik gak cerita ini...  sementara tu korang enjoy laa dulu trailer dia ek...




    Untuk keterangan lanjut boleh tengok preview ParaNorman nih dekat laman sesawang ni ek>>> http://www.imdb.com/title/tt1623288/

    Tuesday, September 20, 2011

    Hantu Bonceng "Hina" Islam?? - Jawapannya....

         Alhamdullillah, Filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham kini telah mencapai kutipan sebanyak RM8 juta lebih semenjak ditayangkan.  Walaubagaimanapun, filem ini telah mengalami kontroversi dan dikatakan bahawa mempersendakan kesucian agama Islam.

    Kontroversi ini bermula daripada review seseorang terhadap filem ini disebuah forum (http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=264259) dan kini sedang hangat diperkatakan dibeberapa laman blog di Malaysia seperti http://itsmesaiful.blogspot.com/2011/09/filem-hantu-bonceng-mempersendakan.html.



     berikut merupakan ayat2 dari seseorang yang telah menonton filem Hantu Bonceng ini:
    citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM...ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat...time tu baru tau lawak ke x..
    Saya tak salahkan sesapa untuk mengkritik hasil karya kita, malah kritikan itu membantu untuk menjadikan sesuatu karya itu menjadi lebih baik, tetapi apa yang saya kesalkan adalah sikap rakyat Malaysia ini yang selalu sangat kritik mengikut perasaan tanpa mengkaji dan selidik terlebih dahulu.  Pernah tak kita terfikir mengapa filem itu dibuat sebegitu?  Apa motif scene tu macam tu?  ape pengajaran yang boleh diambil daripada scene tersebut?  Ini tidak, main sergah jee....

    Oleh yang demikian, saya terpanggil untuk membuat review saya sendiri mengenai filem ini dan secara langsung menjawab persoalan2 mengenai tuduhan mempersendakan Islam:

    1. ...g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..
    Dalam filem ini, watak zizan bersama rakannya itu merupakan seorang mat rempit yang telah tersimpang jauh daripada ajaran agama Islam... kehidupan mereka sentiasa bergelumang dengan maksiat (lumba haram dan mendapat habuan bohsia). Sudah menjadi lumrah kepada orang yang telah sesat dari jalan ALLAH ini mereka tidak lagi atau kurang rasa hormat terhadap ALLAH termasuklah rumah ALLAH.  Melalui scene zizan dan rakannye ke masjid, kite boleh tahu yang mereka telah lama tidak kemasjid melalui kata2 "Kau asal masjid je panas...", oleh itu rasa hormat serta adab mereka telah kurang (atau mungkin diorang tidak tahupun adab2 ke masjid)  orang yg dah tersesat nih bukan kate baju Death Note, baju2 band yang ade gamba syaitan terang2pown dorg selamba je bawak masuk masjid....
    Lagipun, huruf 't' pada perkataan Death Note itu lebih kepada huruf 't' dan bukannye salib seperti yang digembar-gemburkan.  Kita yang menentukan sama ada itu adalah huruf atau salib... salib juga berasal daripada huruf 't' dan salib tidak khusus kepada bentuk 't' sahaja, ada juga salib yang berbentuk '+' seperti yang digunakan oleh Pasukan Palang Merah.  Simbol '+' juga digunakan dalam mata pelajaran Matematik sejak zaman 'Tok Nadun' lagi dan satu buku teks dipenuhi dengan "salib" nih.... perlu ke kita mansuhkan mata pelajaran matematik atau mengantikkannya dengan simbol lain semata-mata ia seakan-akan salib?  Kita yang menentukan sama ada itu salib, simbol + atau huruf t...  bukannye simbol itu yg berdiri dengan sendirinya dan mengatakan "AKU ADALAH SALIB!!"

    2.   ada scene mengucap xhabis
    Baiklah, untuk kes yang ni saya boleh terima sebab diatas ketidak pekaan pengarah dan pihak penapis filem.  Di dalam scene ini menunjukkan zizan terkejut dan panik serta dalam keadaan separuh sedar (histeria) lalu menyebut syahadah "....Asyhadu anna Muhammadar.... SYAITAN!!!  TOLONG!!" atau dalam bahasa Melayunya "...Aku naik saksi bahawa Muhammad itu.....SYAITAN!! TOLONGG!!!".

    Sungguhpun begitu, saya melihat rata-rata orang Melayu (Islam) boleh dikatakan hampir semuanya menyalahkan Zizan 100% mengenai scene ini.  Scene ini merupakan scene orang yang PANIK dan HISTERIA dalam keadaan SEPARUH SEDAR, saya pasti Zizan juga tidak sedar akan apa yang dia sebutkan ketika itu kerana dia menghayati wataknya sebagai seorang yang sedang histeria, segala-segala percakapannya boleh dikatakan hampir semuanya dalam bentuk SPONTAN. Kenapa kita menghentam Zizan seorang sahaja tanpa berfikir yang dia hanya melakonkan wataknya sahaja dan menghayati wataknya.  Kalau segala wataknya terlalu dirancang lakonannya sudah tidak nampak 'natural', nanti anda juga akan kata lakonan dia kayu la apa la.... sebagai bukti yang beliau tidak sedar akan apa yang dia ucapkan ketika itu, Zizan sendiri telah meminta maaf (http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/09/isu-hina-islam-zizan-minta-maaf.html).

    Dalam hal ini, pengarah Ahmad Idham yang sepatutnya lebih peka sejak sewaktu penggambaran itu dilangsungkan lagi dan dia perlu 'reshoot' semula scene pada masa itu juga.  Begitu juga dengan pihak penapisan filem, mereka seharusnya mengesan kesilapan ini sewaktu ditayangkan kepada mereka supaya suntingan boleh dibuat terlebih dahulu sebelum ditayangkan kepada awam.

    3.   main-main ngan azan
    pasal azan ini saya rasa tiada masalah yang perlu dibangkitkan... rakannya zizan ketika itu meng-Azan-kan beliau ditepi telinganya hanya kerana ingin menghalau syaitan yang menggoda Zizan daripada melakukan maksiat... Oleh itu, saya tidak nampak pula ada unsur-unsur "hinaan" disitu, lagipun bukankah salah satu cara kalau ingin menghalau hantu/jin/syaitan selain dengan membaca surah atau berzikir adalah memang dengan cara Azan....????!!

    Yang lawaknya pada scene ini bukannya Azan tersebut, tetapi yang lawaknya adalah reaksi Zizan ketika nampak Juliana Evans dalam keadaan seksi.  Saya rasa itulah bahagian lawaknya bukannya bahagian Azannya... takde apa yang lawakpun sewaktu Azan tersebut.  Kalau anda sendiri yang merasakan Azan itu lawak itu salah anda sendiri la... bermakna andalah yang mempermainkan Azan!!

    4.   ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul
    Dalam dunia yang fana lagi mudharat ini ada 1001 satu cara penyelesaian bagi setiap permasalahan termasuklah cara ingin menghalau hantu/jin/syaitan.  Dalam 1001 cara penyelesaian ini terdapat cara yang baik dan yang tidak baik.  Sekali lagi saya ingatkan yang bahawa watak Zizan dalam cerita ini adalah sebagai SEORANG MAT REMPIT YANG SUDAH JAUH TERPESONG AKIDAHNYA.  Anda rasa sebagai seorang yang akidah telah terpesong mereka ini hafal ke surah-surah Al-Quran ini??  Baca Al-Fatihahpun belum tentu lancar.  Saya bercakap bukan melalui rasa tapi pengalaman orang-orang sekeliling dan pemerhatian.

    Maaf laa kerana panjang lebar celoteh, tapi tolong laa jangan terlalu bersikap negative... korang kate korang Islamik sangat tapi kenapa korg suka buat andaian yang terburu2??  Andaian itu merupakan permulaan kepada fitnah.... Cube korang fikirkan dulu kenapa sesuatu filem itu dibuat sebegitu, ape motif dia buat camtuh? jangan laa main sergah jaaa... GUNAKANLAH AKAL YANG ALLAH BERI KAT KORANG!!  Bukan nk sokong orang hina agama tp nk wujudkan sikap CRITICAL THINKING kat sini.  Tidak kirala dalam soal Agama ke, Politik ke, Perkauman ke, Kehidupan ke....  berfikir dulu sebelum meluahkan kata-kata, berkata dengan hati dan akal bukan dengan emosi dan amarah.  Ukur dulu tahap keimanan dalam diri sebelum berkata buruk kepada orang lain.

    Saya ada menyuarakan pendapat saya di beberapa blog yang menyiarkan isu ini namun ramai yang membidas saya dengan kata-kata kesat dan ada juga yang mengatakan bahawa pendapat saya ini seperti orang yang tidak mempelajari agama.  Kini saya ingin bertanyakan kepada anda:

    1. Perbuatan membuat andaian terburu-buru/bersangka buruk itu menghampiri kepada fitnah.  Adakah FITNAH itu merupakan sikap orang yang mempelajari agama?
    2. Adakah sering MENUDING JARI dan MENUDUH orang TANPA SIASATAN dan berfikir merupakan sikap orang yang mempelajari agama?
    3. Adakah kononnya menasihati orang dengan KATA-KATA KESAT, MAKI HAMUN itu merupakan sikap orang yang mempelajari agama?
    4. Adakah berkata-kata dengan EMOSI dan AMARAH merupakan sikap orang yang mempelajari agama?
    5. Adakah MEMPERGUNAKAN AGAMA untuk MENJATUHKAN orang lain adalah sikap orang yang mempelajari agama?
    Anda fikir-fikir dan kaji-kajikanlah, jangan renung-renungkan kerana dengan renungan sahaja tidak memperoleh apa-apa melainkan kita berfikir dan mengkaji.  Perkara yang sudah terjadi ini biarlah ia terjadi, dan kita semua jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran supaya tidak mengulanginya lagi pada masa hadapan.

    "Barangsiapa tiada memegang agama
    Segala-gala tiada boleh dibilangkan nama
    Barangsiapa mengenal yang empat
    Maka yaitulah orang yang ma’rifat" - Gurindam 12, Pasal 1 oleh RAJA ALI HAJI


    *note: saya hanya meluahkan pendapat sahaja harap tidak mengecilkan hati mana-mana pihak... baca dan kaji dulu isi kandungan saya ini sebelum menghentam. - NUR SYAZWAN ARASY


    SOKONGLAH INDUSTRI HIBURAN MALAYSIA

    Saturday, July 2, 2011

    Kritikan VS Kutukan (versi Pengkarya)

    Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

       Pada entri saya yang sebelum ini, saya ada menegur sifat serta mentaliti sesetengah rakyat Malaysia yang sentiasa berfikiran negatif dan hanya tahu untuk memaki hamun dan mengkritik dengan cara yang sangat keji dan tidak digalakkan dalam Islam (atau lebih tepat mencaci, cela dan mengutuk) hasil karya-karya tempatan.  Namun, saya berasa amat tidak adil jika hanya menyalahkan penonton sahaja kerana pihak pengkarya juga (segelintir bukan semua) ada salahnya kadang-kala.

       Segelintir penggiat seni (filem, muzik dan sebagainya) di Malaysia mempunyai sikap tidak mahu untuk menerima idea, pendapat dan kritikan para penonton/pendengar.  Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap mereka yang mempunyai prinsip (?) "Karya Aku, Cara Aku..."

       Segelintir pengkarya yang mempunyai sikap seperti ini lah yang telah merosakkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap industri hiburan tempatan.  Bak kata pepatah, "Kerana Nila setitik, Rosak susu sebelanga."  Golongan-golongan seperti ini jika ditegur sedikit mudah sahaja untuk melenting dan cepat melatah.

       Tidak salah jika anda ingin mempunyai prinsip yang sedemikian, tetapi jika anda tidak mempunyai hasrat untuk meng-komersial-kan karya anda tersebut.  Jika anda ingin komersial-kan karya anda dan ingin 1Malaysia melihat karya anda, maka tidak seharusnya anda mengabaikan 100% segala pendapat dan pandangan pelanggan-pelanggan anda, kerana mereka inilah yang akan melaburkan wang untuk membeli karya anda serta menyokong segala usaha anda dalam industri filem.

       Sekalipun anda berhasrat ingin menetengahkan cara atau teknik baru dalam menghasilkan karya, anda harus menerangkan kepada pelanggan anda dengan cara yang baik dan elok-elok bukan dengan marah-marah dan kelihatan seperti orang yang bodoh sombong (maaf seribu kali maaf....).

       Seorang pengkarya yang baik dan berjaya akan sentiasa memperbaiki kelemahanya dengan cara memepertimbangkan segala pendapat dan pandangan peminat mereka sebagai panduan untuk mereka menghasilkan karya-karya yang lebih baik dan bermutu pada masa akan datang.  Jika perlu untuk menyertai kursus di luar negara atau mengambil tenaga pakar dari luar sebagai salah satu proses pembelajaran apa salahnya?  Sesudah kita mempunyai ilmu yang cukup dan yakin dengan diri kita barulah kita hasilkan karya yang 100% dilakukan oleh anak tempatan.

       Orang Greek pada masa dahulu terpaksa mempelajari bahasa arab semata-mata untuk mempelajari ilmu para Ilmuwan Islam dan isi kandung Al-Quran sebelum mereka membuat ciptaan-ciptaan yang digunakan pada masa kini.  Pedagang-pedagang daripada Arab, India, China dan Eropah mempelajari BAHASA MELAYU untuk berdagang di Melaka dan Acheh pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.  Jadi tidak salahkan kalau kita mengambil ilmu daripada mereka pula sebelum menjadikan ilmu kita sendiri?

      Minta maaf atas segala ketelanjuran saya dalam penulisan.  Saya hanya mahu melihat industri hiburan kita berkembang maju dan seiring dengan negara-negara lain kerana saya sayangkan negara saya.  Saya bukan seperti kebanyakkan rakyat Malaysia pada masa kini yang membenci terus karya kita dan mengagungkan karya orang lain daripada cuba untuk memperbaiki hasil karya sendiri.  Oleh itu saya berharap agar segala pandangan saya janganlah disalah anggap.  Jika ada kesalahan harap ditegur dengan baik dan aman kerana ISLAM itu AMAN.

    Sekian, Terima Kasih....


    SOKONGLAH INDUSTRI HIBURAN TEMPATAN

    Sunday, June 5, 2011

    Kritikan VS Kutukan!!

    Assalammualaikum dan selamat sejahtera!!

        Saya melihat di panggung wayang sekarang sudah semakin banyak filem tempatan yang ditayangkan dan hasil kutipannya juga boleh dikatakan amat lumayan (dan main juta-juta sahaja sekarang nih...).  Melihat hasil karya tempatan sudah semakin diterima oleh rakyat Malaysia sendiri menimbulkan rasa bangga dalam diri saya terhadap karya-karya tempatan, ditambah pula dengan kualiti filem kita sekarang ini sedang meningkat naik dari semasa ke semasa.  Pengkarya-pengkarya tempatan sekarang semakin pandai bermain dengan teknik pengcahayaan, 'camera angle', grafik seperti visual effects, special effects dan Computer Generated-Imagery (CGI), serta lain-lain elemen menarik yang sepatutnya ada dalam sesebuah filem yang berkualiti.

        Namun begitu, jika ingin dibandingkan jumlah penggemar filem tempatan ini masih ditahap terlalu minority daripada keseluruhan 27 juta rakyat Malaysia.  Malah bukan semua penonton yang menonton filem tempatan di panggung wayang itu betul-betul penggemar filem tempatan.  Mereka hanya menonton filem tersebut mungkin kerana terpaksa (nak tengok X-Men tapi tiket dah abih, alang2 dah sampai terpaksa laa tengok cerita melayu...) atau mereka sengaja menonton untuk menilai filem tempatan itu, kemudian bila keluar mereka hanya menceritakan keburukkan pada filem tersebut sahaja kepada orang lain melalui blog, facebook dan twitter.

        Tidak salah untuk mengkritik kerana kritikan itu dapat membantu meningkatkan kualiti dan menyedarkan kelemahan orang lain supaya mereka berubah kepada yang lebih elok.  Namun, apa yang saya lihat boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia tidak dapat membezakan antara kritikan dan kutukan.  Setiap kritikan yang diluahkan oleh rakyat Malaysia tidak kira la kritik filem ke, muzik ke, sukan ke, animasi ke semua yang berkaitan dengan Malaysia pasti berbaur kutukan.  Apakah beza kutukan dan kritikan? 

       Disini saya sertakan 2 jenis dialog dan tugas anda adalah membezakan mana satu kritikan dan mana satu kritikan:
    1.  "Bodoh betollaaa crite nihh!!!!  Tahpapetah.... macam K*M*K jee!!  Ada ke polis naik kreta kejar penjahat jalan kaki boleh terlepas??!! NONSENSE!!!"
    2. "Cerita ni ada subjek yang menarik sebagai sebuah cerita, tapi dorang tak pandai nak kembangkan lagi penceritaan dia.  Kalau dorang buat 'scene A' tu macam 'blablabla...' mesti jadi menarik..."
    Dapatkah anda membezakan yang mana kritikan atau kutukan?  Kalau dapat TAHNIAH saya ucapkan kerana anda memang berfikiran professional.  Kebanyakan daripada orang kita ini lagi suka mengkritik (mengutuk?) dengan cara makian, cacian, hamunan, serta mangaibkan individu yang lain.  Adakah Islam mengajar kita untuk menegur orang dengan cara-cara sebegitu? Bila bab wanita tidak bertudung, sembahyang, puasa, kahwin 4 pandai pula nak ikut cara Islam, tapi bila ihsan dengan mahkluk ciptaan Allah yang lain, kemana Islam-nya?  Bukankah lagi elok jika anda berikan pendapat dan idea-idea yang bernas jika anda rasa anda mempunyai idea yang lagi hebat-hebat kepada saluran yang betul daripada hashtag mengarut-ngarut di twitter, trolling mencarut-carut di facebook dan blog?  Senang saja, anda boleh memilih untuk hantarkan email, surat atau paling senang sekali LIKE je Official Page mana-mana syarikat produksi dan post je kat Wall atau Messages mereka idea-idea anda yang hebat itu dengan bahasa yang sangat sopan dan tidak menyakitkan hati. Kalau anda rasa anda boleh menulis skrip, anda tulisla skrip anda dan hantarkan kepada mana-mana syarikat produksi.

       Saya disini bukan untuk menegakkan benang yang basah, saya sedar dan mengaku yang karya-karya kita masih terlalu jauh lemah terutama dari segi penceritaan berbanding dengan filem-filem luar negara tetapi bukan semuanya hampeh.  Secara perlahan-perlahan saya melihat filem kita sedang mendaki tangga kejayaan, dan selaku rakyat Malaysia kita kena menyokong segala usaha yang dijalankan bukannya terlalu meng-agungkan karya luar negara sampai meng-anaktirikan karya tempatan. Janganlah dibandingkan dengan Hollywood yang sudah bikin filem semenjak tahun 1909 lagi.  Sungguhpun filem kita masih ditahap yang lemah, takkan kita hendak membiarkan dia sentiasa ditahap itu sampai 100 tahun lagi? Tidak mahu ke kita melihat filem kita bertaraf 'Internationale'?

      Hendak berjaya bukan dengan sekelip mata, perlu pengalaman yang banyak serta sokongan daripada orang kita sendiri.  Bayangkan anda ingin melakukan sesuatu pekerjaan (halal) yang anda minat sangat tetapi ditentang sekeras-kerasnya oleh orang sekeliling anda termasuklah keluarga anda sendiri, tentu anda berasa sangat kecewa dan tidak punya semangat untuk meneruskan cita-cita anda.  Begitu juga dengan pengkarya-pengkarya kita, cubalah untuk membuka hati anda terhadap karya tempatan dengan mencari elemen yang baik-baik serta memberi pandapat yang membina terhadap kelemahan.  Jangan butakan mata serta hati anda dengan kebencian, seperti anda membenci seseorang, walau sebesar gajah sekalipun kebaikan yang dilakukan tetapi anda tidak nampak, tetapi keburukan sebesar zarah anda nampak dengan terangnya.

    Saya berharap kita bersama-sama dapat memajukan industri hiburan kita (filem, animasi, drama, muzik) dengan cara yang aman dan bertolak ansur seperti ini tanpa perlu mencela, caci, maki hamun orang lain... SEKIAN.


    SOKONGLAH INDUSTRI TEMPATAN



    *Saya minta maaf jika terkasar bahasa dan terlanjur bicara, harap-harap pandangan saya ini dinilai terlebih dahulu sedalam-dalamnya sebelum membalas dengan penentangan.

    KaraK (Review)

       Assalammualaikum, lama dah tak kemaskini blog ni dah sampai bersarang dah.  Maaflah ye... banyak sangat kerja dan tanggungjawab yang harus diselesaikan.

        2 hari lepas (3 Jun 2011) saya dan rakan-rakan telah ke TGV, Wangsa Walk untuk menonton filem KaraK (asalnya nak tengok X-men:1st Class tapi 'full house').  Oleh sebab itu, saya terpanggil untuk membuat 'review' filem ni.

       Filem ini ditulis oleh Norman Abd Halim dan diarahkan oleh Yusry Abd Halim. KaraK telah diterbitkan oleh salah sebuah syarikat produksi yang amat saya kagumi di Malaysia, iaitu KRU Studios Sdn Bhd.  Saya berasa agak bangga ketika menonton filem ini kerana bagi saya KRU telah membuat lonjakkan paradigma dalam industri perfileman negara dan juga pembaharuan untuk filem yang bergenre seram terbitan karya tempatan.

       Tidak banyak filem seram di Malaysia sebelum ini yang menggunakan teknik Computer Generated-Imagery (CGI) secara meluas.  Kebanyakan entiti-entiti (hantu) yang ditonjolkan dalam filem ini juga telah lari daripada stereotype hantu-hantu yang telah sering diguna pakai dalam filem atau drama seram tempatan seperti (puntianak make-up gothic, toyol, pocong dan saka).  'Opening montage' juga amat berbeza dan sangat jarang digunakan filem-filem tempatan yang lain.  Mungkin agak melampau untuk saya katakan disini tapi bagi saya 'opening montage'nya boleh saya katakan bertaraf 'Internationale' (gaya Mamat Khalid).

       Dari segi plot pula, 45 minit yang pertama memang menarik, terkezut, seram, dan tidak bosan.  Permulaan cerita lagi sudah ditonjolkan elemen-elemen seram, suspen dan kejutan kepada penonton sehinggalah minit yang ke-45.  Saya amat tertarik dengan hantu belaan isteri 'Tok Malam' kerana KRU pandai bermain dengan teknik 'morphing' pada muka hantu tersebut yang sentiasa bertukar-tukar antara muka hantu dan muka asal pelakon selang beberapa saat.  Kalau sekali imbas memang tidak berapa perasaan sangat mukanya bertukar-tukar tapi kalau ditenung lama-lama baru perasan.

      Namun begitu, saya agak kecewa dengan 30-40 minit terakhir filem ini. Entah kemana hilangnya elemen-elemen seram, suspen dan kejutan yang diberikan pada awal-awal cerita kerana pada minit-minit yang terakhir ini anda tidak perlu tutup mata atau rasa terkejut langsungpun, segala 'twist' dalam cerita ini telah ditunjukkan dengan begitu sahaja tanpa bermain dengan elemen "Show but don't Tell".  Oleh itu penonton sudah boleh agak akan kesudahan cerita tersebut dan apa yang sebenarnya terjadi kepada pelajar-pelajar tersebut tanpa perlu tunggu sehingga tamat cerita.  Satu lagi yang saya rasa 'scene' di kubur orang asli tersebut macam ada yang tidak kena terutama apabila ada hantu-hantu backup yang seakan-akan zombie mengelilingi 'Zura' dan hantu belaan tersebut seperti begitu mudah dikalahkan oleh seorang pelajar kolej biasa.

       Walaubagaimanapun, saya percaya setiap bende ada kelemahannya dan bagi saya kelemahan dalam filem ini bukanlah sesuatu kelemahan yang begitu parah, segala kelemahan tersebut masih boleh diperbaiki pada masa akan datang.  Kejayaan yang dikecapi bukan dalam sekelip mata dan memerlukan pengalaman yang banyak dan bertimbun-timbun.  Sangat tidak adil kalau kita ingin membandingkan KRU Studios yang baru terbitkan hanya 7 buah filem (tidak sampai 10 filempun lagi) dengan syarikat produksi besar luar negara yang telah menghasilkan berpuluh-puluh filem dalam setahun.  Saya berharap agar KRU Studios tidak akan berputus asa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada. Ambil segala kritikan dan pendapat daripada penonton untuk dijadikan panduan dalam penghasilan karya baru akan datang.... InsyaALLAH!!!


    SEKIAN......



    SOKONGLAH INDUSTRI TEMPATAN

    Tuesday, December 21, 2010

    Mari Menjelajah Planet Bersama EGON & DONCI!!!

    Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

       Rabu, 2:15 petang, saya baru sahaja selesai menonton sebuah filem animasi yang boleh dikatakan menarik juga untuk tontonan umum disaluran Astro Citra 131 yang bertajuk EGON & DONCI.  Lalu tanpa membuang masa sayapun terus buat kajian mengenai animasi ini di internet, namun tidak banyak info mengenainya.
     
        Filem animasi ini berasal daripada negara Hungry dan diarahkan oleh Adam Magyar.  Durasinya selama 72 minit dan tidak mempunyai sebarang dialogue, karakternya pula berkomunikasi hanya dengan menggunakan gerak badan atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Body Language



    RINGKASAN

       Egon dan Gonci merupakan makhluk asing yang tinggal disebuah planet yang jauh daripada Bumi.  Walaubagaimanpun Egon mempunyai jasad yang menyerupai manusia manakal Donci pula adalah seekor kucing yang gemuk.  Egon suka menkaji ruang angkasa dan membina sebuah kapal angkasa manakal Donci pula sibuk dengan makan dan bersiar-siar.  Pada suatu hari, sebuah kapal angkasa kecil terhmepas di planet mereka dengan membawa mesej daripada bumi.  Egon menjadi teruja lalu bersungguh-sungguh untuk menyiapkan kapal angkasanya.  Lalu bermulalah misi penjelajahan Egon dan Donci di ruang angkasa lepas....

    Sunday, December 12, 2010

    SiFoooNimation!!!!

    Assalammualaikum,


       Siapa dekat sini yang lahir pada era 80an-90an sila angkat tangan??  YEaHH~~~~  Kalau macam itu dah tentu-tentu korang pernah tengok kartun Winnie The Pooh, Gummy Bears dan Tom and Jerry kan???

       Percayakah anda yang kartun-kartun yang telah saya sebutkan tadi pernah mendapat sentuhan daripada seorang anak tempatan iaitu orang MALAYSIA??!!  Dan paling penting sekali adalah orang MELAYU!!!  Baca betul-betul....  ORANG MELAYU dan MALAYSIA tau??  Mesti susah nak percayakan tetapi itulah hakikatnya.

       Sewaktu menyelak-nyelak surat khabar Berita Harian semalam yang bertarikh 11 Disember 2010, saya tertarik dengan kolum 'Di Sebalik Nama' yang memaparkan artikel yang bertajuk SIFU ANIMASI.  Artis yang dipaparkan oleh akhbar tersebut merupakan antara generasi animator yang terawal di Malaysia yang berpeluang untuk menimba pengalaman bekerja dengan syarikat produksi antarabangsa seperti Burbank Films, Hanna Barbera dan Walt Disney.

       Beliau yang saya maksudkan ialah Abd Jamil Ahmad, beliau pernah berhijrah dan menetap di Australia lebih kurang 13 tahun untuk meneruskan pengajian dalam kursus Seni Grafik dan Lukisan Hidup lalu terus bekerja di syarikat animasi tempatan (Australia).  Abd Jamil bermula dengan jawatan sebagai inbetweener kemudian meningkat ke tahap key animator.  Beliau telah berkarya selama 30 tahun dalam industri seni kreatif dan di Malaysia pula beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Kolej Tempatan dan yang terkini beliau berkhidmat sebagai Master Trainer di Kolej Yayasan Sabah.

       Mengikut pengalaman beliau sepanjang bekerja di syarikat produksi antarabangsa yang beliau kongsikan dengan ruangan 'Di Sebalik Nama', mereka amat mementingkan kualiti dan produk yang dihasilkan.  Sebagai contoh, untuk lukisan karakter, setiap pelukis perlu melukis mengikut model sheet yang telah ditetapkan dengan tepat.  Mereka juga berkerja secara sistematik dan teliti.

       Setelah pulang ke Malaysia, beliau bekerja dengan Lensa Film dan pernah terlibat dengan animasi iklan televisyen seperti Fido Dido dan Captain Crunch.  Beliau juga kemudiannya menubuhkan syarikat animasi sendiri yang diberi nama Cartoon Workshop tetapi sayangnya setelah 5 tahun kemudian beliau terpaksa menutup syarikat ini kerana kegawatan ekonomi pada tahun 1997.  Namun sekarang beliau telah bangkit semula dengan menubuhkan syarikat yang diberi nama Sifumedia Sdn Bhd dan telah mendapat tajaan daripada Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).


    Saya berharap dengan artikel saya pada kali ini dapat memberi semangat sepada anda semua untuk berjaya sehingga ketahap antarabangsa tidak kiralah dalam bidang apapun.  Tidak mustahil untuk kita berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa tetapi biasanya 'ORANG KITA' nih suka mengalah sebelum berjuang dan suka membuat andaian yang bersifat negatif sebelum melakukan apa-apa usaha.  Percayalah kepada kebolehan anak tempatan dan kebolehan anda sendiri.  Suka juga saya ingin ingatkan disini termasuklah diri saya sendiri agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa mencari peluang untuk berjaya.  Setiap kejayaan perlulah bermula dengan USAHA semaksimum yang mungkin kemudian disertakan dengan DOA yang tidak henti-henti dan akhir sekali BERTAWAKAL lah kepada Yang Maha Esa.

    P/S : segala maklumat yang saya tulis ini diambil daripada artikel SIFU ANIMASI di ruangan 'Di Sebalik Nama' dalam Akhbar Berita Harian (11 Disember 2010) yang merupakan temu ramah bersama Abd Jamil Ahmad sendiri.  Kalau tipu apa yang diorang tulis nih maka tipulah apa yang saya tulis.

    SOKONGLAH INDUSTRI HIBURAN MALAYSIA

    Saturday, February 6, 2010

    WARRGGHH!!! Bersawang dah blog aku nih!!!

    Hallooo guys!!!  Lame gilew aku dah tinggalkan blog nih, sory laa yeee.... sebenarnye bukan ape, dah ketandusan bahan nk letak dalam blog nih.  Dah bersawang dah blog nih, memang sesuai arr dengan namenyer 'Laman Sesawang', hahaha....Arinih aku xde pape cter menarik nk kongsi dengan korang tapi aku ade video Stop-motion yang agak menarik.  Video nih lecturer aku ( Mr.M ) bagi tengok 2 minggu lepas, aku kagum betol dengan kerajinan mamat nih wat animation cenggini walaupown xde motif yang sebenar.   Mamat nih name die BLU (bukan nama sebenar), berasal dari mane tah tapi video nih dibuat kat Buenos Aires.  Selamat Menonton laa yee....

    p/s : untuk maklumat lanjut tentang dorang nih masukla laman sesawang nih ek --> http://www.blublu.org/sito/updates/updates.htm




    Teroskan Menyokong Animasi Tempatan

    Saturday, September 19, 2009

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!!




    Apa khabar kawan-kawan!! Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh rakyat MALAYSIA terutama yang mengenali diri ini.

    Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan kepada rakan-rakan semua di atas kesalahan yang pernah saya lakukan selama anda berkawan dengan saya sama ada yang zahir (mengutuk, mengejek, memangkah, memaku, memerli, mengusik, bergurau secara berlebihan dan lain-lain) ataupun yang batin (mengumpat, bersangka buruk, cemburu, mengaibkan, mencuri, mengata blakang2 dan lain-lain). Semoga Aidilfitri tahun ini menjadi Aidilfitri yang bermakna kepada kita semua dan harap-harap ALLAH memanjangkan umur kite supaya dapat merasa Aidilfitri pada tahun akan datang.

    Di dalam kta bergembira, janganlah kta lupa kepada yang berduka. Sambutlah Aidilfitri ini dengan bersederhana agar diredhai oleh ALLAH S.W.T. Doakanlah kesejahteraan kepada yang telah pergi meninggalkan kita agar roh mereka dikalangan orang-orang yang beriman. Berhati-hati ketika dalam perjalanan untuk pulang ke kampung ataupown perjalanan untuk menziarahi rumah teman dan saudara. Jangan sampai mereka pula yang menziarah 'rumah' kita...

    Sekian sahaja ucapkan Hari Raya tulus ikhlas daripada hati saya, Nur Syazwan Arasy Bin Norazmy alias SHAUN.

    Sokonglah Industri Animasi Malaysia

    Monday, August 3, 2009

    Kompilasi JERIT-JERIT!!!

    Hai guys!!! Saya baru letak flash music player kt blog page saya, tapi sume lagu itu ganas-ganas la... sory la ye kepada sesiapa yang x berminat muzik jerit-jerit. Anda boleh tutup speaker anda sesama membaca blog saya supaya x terganggu oleh jeritan yang boleh memekakkan telinga anda tuh... huhuhu... Kepada yang berminat, semoga ENJOY mendengar jeritan-jeritan tuh. Terima Kasih!!!