Konco-Konco!!!

Sunday, March 25, 2012

Seni Buat Ibunda...

   Pada Tanggal 22 Mac 2012 yang lalu bersamaan dengan 29 Rabiul Akhir 1433 Hijrah, maka genaplah umur ibuku yang ke Jubli Perak, iaitu 50 tahun.  Alhamdullillah, sudah 50 tahun Ibuku menetap dibumi Allah ini.  Harapnya semoga Allah memanjangkan lagi usia ibuku serta dalam keadaan sihat sejahtera supaya dapat dia melihat saya berjaya dalam dunia dan akhirat. InsyaALLAH.

Sempena dengan Hari LAhirnya yang ke-50 tahun ini, saya telah bercadang untuk memberikan hadiah istimewa buat dia.  Saya hanyalah seorang pelajar dan masih belum bekerja, oleh itu saya tidak punya wang untuk membelikan ibundaku hadiah yang mahal-mahal.  Saya ingin menghadiahkan dia sesuatu yang kekal lama, jika saya hadiahkan pakaian, kasut atau seumpama dengannya.. barang2 itu semua tidak tahan lama... Pakaian bile lusuh akan jadi buruk dan disimpan. kasut jika haus akan dibuang.  Ingin saya hadiahkan barang kemas tidak bermodala pula.

Oleh itu, saya telah menyiapkan sebuah digital painting khas buat Ibunda tercinta.  Makan masa 2 minggu untuk siapkan sebab sehari cuma boleh luangkan masa selama 2jam sahaja untuk buat Digital Painting ini.  Waktu lain itu terpaksa dipenuhkan dengan tugas-tugas sebagai anak sulung... huhu...  Kalau orang lain yang lukis dalam 2 minggu mesti realistik gila, tapi apakan daya saya.


Inilah sahaja hasil seni saya buat Ibunda, walaupun tak realistik 100 peratus tapi bolehlaaa... saya juga masih lemah lagi dalam penghasilan potrait.  Bak kata pepatah Melayu, "Serupa tapi tak sama".  hehe...

Sekian sahaja untuk saya hari ini. Selamat Hari Lahir Ibuku, Wan Shakhariah Anum bte Wan Ahmad Kamal.  Tidak lupa juga kepada Nenda yang dikasihi yang juga menyambut Hari Lahirnya pada bulan ini iaitu Hasiah Tuah.

Tuesday, March 13, 2012

Bola Kampung The Movie 3D!!

Assalammualaikum semua,
    Pada malam ini, saya berasa sungguh berbangga terhadap peningkatan yang ditunjukkan oleh animasi Malaysia.  Setelah kejayaan filem animasi Seefood yang sedang ditayangkan dipawagam sekarang, saya terlihat trailer sebuah lagi filem animasi dari Malaysia yang InsyaALLAH bakal ditayangkan pada tahun ini juga.  Terima Kasih kepada kawan saya yang post trailer ini di Facebook.

   Pasti anda pernah mendengar mengenai animasi 2D Bola Kampungkan?  Animasi tersebut pernah ditayangkan disaluran Disney Channel, dan pada tahun ini pihak Animasia Studio Sdn. Bhd telah menghasilkan Bola Kampung The Movie tetapi dalam bentuk 3D

Mari kita lihat trailer filem animasi Malaysia yang terbaru ini:


Bagaimana?? COOL tak??  hehe... tengok trailerpun dan macam menarik, harap-harapnya Bola Kampung the Movie ini tidak akan menghampakan rakyat Malaysia terutama penggemar animasi.

Untuk kepastian dan keterangan lanjut sila layari laman sesawang rasmi BolaKampungMovie


SOKONGLAH INDUSTRI HIBURAN TEMPATAN

Thursday, March 8, 2012

SeeFood: Paradigma Dunia Animasi Malaysia!! (Review)



TERBAIK!!! Hanya itulah yang mampu dikatakan oleh saya selepas menonton filem animasi terbaru dari Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat Silver Ant Sdn Bhd.  Walaupun mungkin bukan yang terbaik di dunia tapi bagi saya ia adalah "masterpiece" yang TERBAIK pernah Malaysia hasilkan.

   Sebelum saya memberikan pendapat saya mengenai filem Animasi berbahasa Inggeris pertama Malaysia ini, saya ingin memberikan beberapa maklumat mengenai filem animasi ini kepada rakyat Malaysia yang belum mengetahuinya.  Saya yakin pasti ramai rakyat Malaysia yang terkeliru ataupun langsung tak tahu yang filem Seefood ini adalah hasil daripada anak watan dan dibantu oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia serta saluran Kanak-Kanak Al-Jazeera.


   Melalui pengarahnya, iaitu Goh Aun Hee berserta HANYA 35 JURU ANIMASI sahaja daripada Silver Ant dan dihasilkan selama 2 tahun 4 bulan, mereka telah berjaya menghasilkan sebuah animasi bertaraf antarabangsa dan telah menembusi pasaran di lebih 90 buah negara.  Selain itu, Seefood juga telah berjaya memenangi Animator 3D Terbaik, Kompositor/Vfx Animasi Terbaik dan Montaj Animasi Terbaik pada Anugerah Karyawan Animasi Malaysia 2011.


SINOPSIS: Filem Seefood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup, seekor ikan Yu Buluh dan Julius, seekor jerung insang putih, akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.

Apabila berdozen telur ikan Yu buluh dari terumbu karang dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan telur-telur tersebut, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut.
Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.

Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, yang merupakan sahabat karib Pup muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya.

Dengan sut istimewa mereka, yang direka oleh seekor sotong kurita yang genius di dunia lautan bernama Occto, Julius telah menunjukkan keupayaan seekor jerung untuk mengembara di daratan. Melalui misi menyelamat ini terdapat pelbagai aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!

(Dicedok sedikit daripada blog RotiKaya dan diolah semula oleh Syazwan)


Pendapat:
Berikut pula adalah pendapat saya mengenai keseluruhan filem animasi ini, mengikut tahap ilmu yang saya ada dalam bidang animasi ini:

Graphic and Animation: Bagi saya, selaku seorang yang masih baru, amatur dan masih belajar dalam bidang animasi ini, dari segi graphic bagi saya sudah hampir sempurna dan hampir tidak dapat dikesan akan kesalahannya (mungkin kerana ilmu saya yang masih kurang). 

Rendering yang cantik, terutama ketika berada dalam laut, tapi mungkin bagi saya ada sedikit kesilapan sewaktu watak-watak ini berada dipermukaan air kerana seperti terlalu berkilat (tapi ia hanyalah kesalahan yang sangat kecil, kepada mereka yang tidak tahu akan menghiraukannya).

Watak-watak yang dihasilkan pula comel-comel belaka dan boleh dijadikan ikon serta daya penarik kepada kanak-kanak.

Manakala dari segi pergerakan animasinya pula sangat smooth, natural dan tidak kaku seperti mana-mana animasi Malaysia yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Storyline/Jalan Cerita:  Jalan cerita pula bagi saya menghiburkan tetapi masih kurang pengisian lawaknya juga elemen kejutan.  Susunan plotnya masih boleh diperbaiki untuk menjadikan cerita ini lebih menyerlah dan menyentuh emosi.  Keseluruhannya, animasi Seefood ini menarik untuk ditonton dan menghiburkan serta dapat menambat hati saya.

Moral of the Story/Pengajaran:  Hentikan pemburuan haram yang mengganggu populasi spesis haiwan terancam serta kurangkan pencemaran.  Pentingkan nilai-nilai persahabatan tanpa mengira spesis haiwan seperti jerung, ikan yu, sotong, ayam, ketam, penyu dan lain-lain (sila terjemahkan dalam dunia manusia.. hehehe...).  Akhir sekali, jangan takut untuk keluar dari kepompong dan zon selesa, terokai dunia luar yang lebih luas dan penuh dengan dugaan-cabaran.  Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu dan jangan cepat mengalah (dan menolakkan kepada takdir semata-mata).

Antara poster promo animasi Seefood pasaran antarabangsa

 Sekian sahaja review saya untuk filem animasi kebanggaan Malaysia ini, iaitu Seefood.  Maaflah jika review saya ini terlalu panjang dan tidak menarik sebab saya jarang buat review.. hehe...

Kepada yang belum menonton filem Seefood ini, saya syorkan agar anda semua pergilah menonton sendiri filem ini sebelum membuat penilaian yang membuta-tuli serta hanya mendengar pendapat mereka yang minda tidak berkembang dan hanya tersekat kepada memandang keburukkan semata-mata.  Cubalah untuk menerima dan menilai kemajuan yang kita alami setelah 54 tahun kita merdeka.  Jangan hanya memandang kepada kesilapan sahaja, seperti kesilapan ini langsung tidak boleh diperbaiki dan mengharapkan segala yang kita buat terus-terus boleh jadi sempurna.  Jangan terus meng-agungkan karya luar dan terus menolak bulat-bulat karya tempatan tanpa usul periksa.

Maaflah kerana saya terlalu beremosi, tetapi saya sudah letih, penat dan hampa dengan sikap dan pemikiran rakyat Malaysia ini yang sering berprasangka buruk terhadap karya tempatan, menjadikan satu-dua karya kita yang tidak berjaya itu sebagai alasan untuk terus menolak karya-karya anak tempatan yang lain tanpa membuat kajian terlebih dahulu. 

Sekian, terima kasih.