Konco-Konco!!!

Monday, August 24, 2009

Aktiviti Kelab Animasi 2009/10

Pada hari Selasa (18/8/2009) yang lalu, Kelab Animasi UniKL telah mengadakan perbincangan untuk menentukan beberapa aktiviti yang akan di jalankan sepanjang tahun 2009/2010. Beberapa cadangan telah diberikan oleh ahli Kelab Animasi, berikut adalah cadangan-cadangan yang telah diberi:

  • UniKL Short Animation Film Festival 2009
  • Futsal
  • Berniaga
  • Menonton Tayangan Gambar
  • Lawatan ke studio animasi/komik di Malaysia
  • pertukaran komik atau manga
1. Berniaga

Kelab Animasi akan menjual Kad dan Kuih Raya. Ahli-ahli Kelab Animasi yang mempunyai rekaan kad raya dan ingin menjual kuih raya sila berikan rekaan dan sampel kuih raya anda kepada Syazwan alias Shaun atau Suhaila alias Eila, pelajar Sem 3 selewat-lewatnya 1 September 2009. Rekaan-rekaan kad raya anda boleh diberikan dalam bentuk digital atau manual.

2. Tayangan Gambar

Kelab Animasi telah sebulat suara bersetuju untuk menonton tayangan gambar filem animasi 3D up. Tarikh, Tempat dan Masa akan diberitahu kelak.


Selain itu, ahli-ahli Kelab Animasi UniKL perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM2.00 setiap semester (bergantung kepada aktiviti yang akan dijalankan).

Perbincangan akan diteruskan pada hari Selasa (25/8/2009) untuk menentukan aktiviti futsal, lawatan ke studio dan pertukaran komik/manga. Oleh yang demikian, sila hadirkan diri anda pada hari yang telah disebutkan, waktu 11.00 am di tingkat 12 (1205). Kehadiran anda amat dihargai.

Sunday, August 16, 2009

UNIKL MiiT ANIMATION CLUB!!!


ATTENTION

TO: ALL Members of UniKL City Campus Animation Club
(SEMESTER I, III, V)

NOTICE:

A GENERAL MEETING will be held in regards of the club’s 2009/2010 activity planning and an ICE BREAKING session continuation. The meeting will be held on:

DATE : Tuesday, 18th AUGUST 2009 (Week 5)
VENUE : Animation Studio 1205, Level 12
TIME : 1300PM


ATTENDANCE IS COMPULSARY!

Monday, August 3, 2009

Kompilasi JERIT-JERIT!!!

Hai guys!!! Saya baru letak flash music player kt blog page saya, tapi sume lagu itu ganas-ganas la... sory la ye kepada sesiapa yang x berminat muzik jerit-jerit. Anda boleh tutup speaker anda sesama membaca blog saya supaya x terganggu oleh jeritan yang boleh memekakkan telinga anda tuh... huhuhu... Kepada yang berminat, semoga ENJOY mendengar jeritan-jeritan tuh. Terima Kasih!!!

Friday, July 31, 2009

Orang Biasa Berlagak Jadi Ketua!!!!

Ni nk cerita sket satu kejadian yang amat menyakitkan aty bebudak sem 3, kejadian nih berlaku semalam (khamis 30/7/09) sewaktu sblom upacara pemilihan AJK Kelab Animasi yang baru dijalankan.

Ada arr satu mamat B (bukan nama sebenar) nih tetiba nak mengamuk2 ngan kitorang, memang arr die dak sem 5 (senior ar kononyer) tapi die xde peranan ape2pown dlm kelab tuh dan x pernah menyumbang papepown pada kelab, tetiba nak mengamuk sebab dak junior (sem 1) datang lambat. Ada ke nk salahkan kitorg dak2 sem 3 sebab x panggil dorang?? Kami dah panggil tapi time tuh ada klas dan x dibenarkan keluar awal, lagi satu, dak junior nih masa arituh jadual pack glew langsung xde rehat, so kitorg kasi arr peluang utk dorg rehat g beli makanan rehat jap. Tetibe je si bdk B tuh nk mengamuk2 lak, macam arr bagus sangat, kalo betul2 bagus kami x kesah arr. Presiden kelab kamipown x bising sedangkan die ade sekali tyme tuh, diepown memahami.

Cerita ni x abih lagi, selepas kejadian upacara perlantikan tuh, kawan saya ade arr bagi 'nasehat' kt si B supaya lebey cool depan junior, tetibe die x puas aty die kate member saya tuh nk cari pasal ngan die lak. Siap nk gadoh lagi, tapi nk gado cara x gentle... cakap je lebey.

Saya nk bagi nasehat arr kepada si B nih supaya berubah arr jangan nk poyo sangat. Kau sebagai senior sepatutnyer bagi contoh yang baek dan berikan nasehat secara aman bukan dengan cara nk buat gadoh atau tengking2 orang. Kalo ko x hormat ngan orang camne orang nk hormat dengan ko?? Fikirlah sendiri, mintak maaf la kalo tersinggung tapi nih untuk kebaikan kita semua gak... kalo asyik bermusuh je sampai bile animasi kita nk maju??

Kalo ade senior2 atau bakal2 senior yang ade terniat nak buat perkara camni hentikan la niat tuh. tapi kalo nk dibenci oleh junior teroskan arr, kami x larang... Sekian, Terima Kasih!!

AJK Baru Kelab Animasi!!!!

Semalam (Khamis 30/7/09), satu perjumpaan pelajar-pelajar animasi sem 1, sem 3 dan sem 5 telah dilangsungkan untuk memilih Ahli Jawatan Kuasa (AJK) baru untuk Kelab Animasi UniKL bagi menggantikan AJK yang kini dipegang oleh pelajar animasi sem 5. Jawatan-jawatan yang di tawarkan adalah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK Blog Animasi. Pemilihan telah dijalankan dan keputusan telah dicapai melalui sistem undian. Tersebut adalah nama-nama pemegang kepada jawatan-jawatan ini.
  • Pengerusi : Muhammad Nuruddin Shaari (Dean)
  • Naib pengerusi : Muhammad Hafiz Ashraf (Ironman)
  • Setiausha : Muhammad Safiyuddin (Din)
  • Bendahari : Nurul Atikah (Mama)
  • AJK Blog : Nur Syazwan Arasy Norazmy (Shaun)
  • Wakil Sem 1 : Syafiq

Dengan tercapainya keputusan ini, diharapkan agar semua ahli kelab dan pelajar-pelajar animasi akan memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada AJK-AJK baru ini tanpa mengira batch dan umur. Saya merayu agar anda semua terus menyokong segala aktiviti yang akan kami jalankan, lakukan demi animasi Malaysia dan demi kebaikan masa depan anda sendiri. Semoga Kelab Animasi Unikl akan terus berkembang dengan bantuan anda semua.


p/s : kepada yang memberi pencalonan kepada saya dan yang menyokong pencalonan saya sebagai AJK blog animasi, terima kasih banyak-banyak kerana membuatkan saya menang tanpa bertanding (hahahahaha.... 1st time, seronok gila!!). Saya akan cube sedaya upaya untuk mencantikkan blog animasi kita dan mempromosikan kelab kita di mata dunia (tinggi betul cita-cita....)