Konco-Konco!!!

Friday, July 31, 2009

AJK Baru Kelab Animasi!!!!

Semalam (Khamis 30/7/09), satu perjumpaan pelajar-pelajar animasi sem 1, sem 3 dan sem 5 telah dilangsungkan untuk memilih Ahli Jawatan Kuasa (AJK) baru untuk Kelab Animasi UniKL bagi menggantikan AJK yang kini dipegang oleh pelajar animasi sem 5. Jawatan-jawatan yang di tawarkan adalah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK Blog Animasi. Pemilihan telah dijalankan dan keputusan telah dicapai melalui sistem undian. Tersebut adalah nama-nama pemegang kepada jawatan-jawatan ini.
  • Pengerusi : Muhammad Nuruddin Shaari (Dean)
  • Naib pengerusi : Muhammad Hafiz Ashraf (Ironman)
  • Setiausha : Muhammad Safiyuddin (Din)
  • Bendahari : Nurul Atikah (Mama)
  • AJK Blog : Nur Syazwan Arasy Norazmy (Shaun)
  • Wakil Sem 1 : Syafiq

Dengan tercapainya keputusan ini, diharapkan agar semua ahli kelab dan pelajar-pelajar animasi akan memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada AJK-AJK baru ini tanpa mengira batch dan umur. Saya merayu agar anda semua terus menyokong segala aktiviti yang akan kami jalankan, lakukan demi animasi Malaysia dan demi kebaikan masa depan anda sendiri. Semoga Kelab Animasi Unikl akan terus berkembang dengan bantuan anda semua.


p/s : kepada yang memberi pencalonan kepada saya dan yang menyokong pencalonan saya sebagai AJK blog animasi, terima kasih banyak-banyak kerana membuatkan saya menang tanpa bertanding (hahahahaha.... 1st time, seronok gila!!). Saya akan cube sedaya upaya untuk mencantikkan blog animasi kita dan mempromosikan kelab kita di mata dunia (tinggi betul cita-cita....)

No comments: