Konco-Konco!!!

Monday, August 24, 2009

Aktiviti Kelab Animasi 2009/10

Pada hari Selasa (18/8/2009) yang lalu, Kelab Animasi UniKL telah mengadakan perbincangan untuk menentukan beberapa aktiviti yang akan di jalankan sepanjang tahun 2009/2010. Beberapa cadangan telah diberikan oleh ahli Kelab Animasi, berikut adalah cadangan-cadangan yang telah diberi:

  • UniKL Short Animation Film Festival 2009
  • Futsal
  • Berniaga
  • Menonton Tayangan Gambar
  • Lawatan ke studio animasi/komik di Malaysia
  • pertukaran komik atau manga
1. Berniaga

Kelab Animasi akan menjual Kad dan Kuih Raya. Ahli-ahli Kelab Animasi yang mempunyai rekaan kad raya dan ingin menjual kuih raya sila berikan rekaan dan sampel kuih raya anda kepada Syazwan alias Shaun atau Suhaila alias Eila, pelajar Sem 3 selewat-lewatnya 1 September 2009. Rekaan-rekaan kad raya anda boleh diberikan dalam bentuk digital atau manual.

2. Tayangan Gambar

Kelab Animasi telah sebulat suara bersetuju untuk menonton tayangan gambar filem animasi 3D up. Tarikh, Tempat dan Masa akan diberitahu kelak.


Selain itu, ahli-ahli Kelab Animasi UniKL perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM2.00 setiap semester (bergantung kepada aktiviti yang akan dijalankan).

Perbincangan akan diteruskan pada hari Selasa (25/8/2009) untuk menentukan aktiviti futsal, lawatan ke studio dan pertukaran komik/manga. Oleh yang demikian, sila hadirkan diri anda pada hari yang telah disebutkan, waktu 11.00 am di tingkat 12 (1205). Kehadiran anda amat dihargai.

No comments: