Konco-Konco!!!

Thursday, May 17, 2012

MANTERA : Kecewa tapi masih boleh dibanggakan!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

   Sudah lama rasanya tak post apa-apa artikel.  Hari ini, Khamis (17.5.2012), bermulalah tayangan filem yang sudah lama terperap dan dinantikan iaitu MANTERA.

   Ya, saya sudahpun menontonnya siang tadi, seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga tidak sabar ingin melihat hasil filem Mantera ini yang digembar-gemburkan melalui teknik CGI-nya.  Oleh itu, saya akan memberikan ulasan serta pandangan saya mengenai filem ini.

   Walaupun belum cukup 24-jam ditayangkan, sudah ramai yang memberikan pandangan mereka mengenai filem ini.  Ada yang suka, ada yang tidak suka (tetapi seperti biasa apa yang saya lihat ramai yang tidak suka berbanding yang suka).

    Iya, memang saya tidak menafikan, jalan ceritanya memang amat mengecewakan.  Walaubagaimanapun ia tidak menjadi satu masalah besar bagi saya kerana saya telahpun 'SET'kan diminda saya semenjak lebih kurang setahun yang lalu (semenjak trailer pertama MANTERA di lepaskan) supaya langsung tidak mengharapkan apa-apa daripada penceritaannya.  Seperti kebanyakkan filem-filem Malaysia sebelum ini,  kita memang TERLALU BERMASALAH dan LEMAH dari segi penyampaian jalan cerita dan skrip.  Saya sendiri tidak tahu begaimana ingin mengubahnya.  Mungkin ada yang kata "Eleh, dah jadi macam ni baru laa nk cakap set minda laa apa laa, sebab nak tegakkan benang yang "basah" la tu!!!".  Anda boleh rujuk entri saya TIGA BULAN LALU disini Mantera: Paradigma CGI Malaysia.


   Walaubagaimanpun, adakah dengan kekurangannya itu boleh menjadi lesen untuk kita langsung membutakan mata kita terhadap peningkatan dan kebaikan yang ada dalam sesebuah filem itu?  Kenapa kita hanya melihat yang buruk sahaja? seboleh-bolehnya ingin mencari keburukan sampai perkara yang paling kecil juga kita pertikaikan?  Langsung tiada yang baik ke dalam sesebuah filem itu?  Nilai dulu dengan teliti, menggunakan akal bukannya emosi.



SPOILER ALERT!!


Kelemahan MANTERA:

    Kelemahan Mantera yang paling ketara sekali adalah Jalan Cerita (Storyline).  Penulisan skripnya sangat tidak kuat, terlalu perlahan.  Malah sangat sedikit babak yang menceritakan dan menunjukkan mengenai 'suit' MANTERA tersebut dan apa dia mantera itu sendiri, boleh dibilang dengan jari rasanya berapa kali sahaja Azman (Tomok) bertukar menjadi MANTERA.  Cerita mengenai kehidupan Azman sendiri sangat sedikit, kebanyakkan babak dihabiskan dengan cerita Dark Legions mengejar Dr. Natasya.

  Susunan plot juga tidak kemas, kebanyakkan babak muncul secara tiba-tiba, seakan-akan kita menonton filem di saluran televisyen yang mempunyai banyak 'scene cut' semata-semata ingin memberi ruang kepada iklan.  Ini menyebabkan penonton tidak dapat memahami jalan cerita.

  Satu lagi kelemahannya adalah pencahayaan pada filem ini, sepanjang jalan cerita skrin kelihatan gelap... tidak tahu kenapa, adakah masalah teknikal dipanggung wayang atau memang macam itu?  Kerana bila lihat trailer di TV jelas sahaja gambarnya.

  Mengenai CGInya, sudah tentu mempunyai kelemahan, kita sangat muda dalam bidang ini... objek 3D yang ada dalam filem ini masih tidak blend dengan persekitaran dan kelihatan seperti permainan video.  Animasinya pula masih perlu diperbaiki.

Kekuatan MANTERA:

   Meskipun terlalu banyak kelemahan yang terserlah dalam filem ini, tetapi itu bukan bermaksud tiada langsung yang bagus mengenai filem ini.  Satu perkara yang saya kagum dengan MANTERA adalah keberanian Flare Studio untuk menghasilkan sebuah filem yang lari daripada cliche filem tempatan yang membanjiri pawagam kita sekarang ini.

   Filem melayu sekarang ini tidak habis-habis dengan genre berbentuk gangsterism, lawak tidak berapa hendak menjadi, dan cerita hantu yang tidak seram.  Sekurang-kurangnya, Flare Studio berani mengambil risiko untuk membuat pembaharuan dan paling penting adalah mencuba.  Bagi saya, filem Mantera ini adalah sebuah filem experimental untuk belajar menghasilkan teknik CGI dan Visual Effects.  Kita tidak dapat menghasilkan sesuatu yang terus sempurna (perfect) tanpa dengan belajar dan mencuba serta melakukan kajian.  Jika anda mempunyai Astro Movie Package dirumah, saya meminta anda untuk menonton filem-filem US pada tahun 80an-90an dimana mereka mula-mula melibat diri dalam teknik CGI.  Tahapnya tidak ubah juga seperti kita sekarang ini, tetapi kini kita melihat teknik mereka seperti telah melangkaui batas masa dek kerana hasil usaha mereka untuk belajar dan terus belajar.

   Salah satu perkara yang boleh dibanggakan adalah dari segi peningkatan yang ditunjukkan oleh MANTERA melalui teknik CGI dan animasinya.  Walaupun tidak sehebat dan setanding dengan mana-mana filem CGI produksi luar negara yang mempunyai berpuluh atau beratus pekerja, tetapi bagi saya ianya tidaklah seteruk mana dan boleh diterima akal.  Jika dilihat melalui filem-filem CGI kita sebelum ini seperti Antoo Fighter, Cicakman dan beberapa filem lagi, kita boleh melihat evolusi qualiti CGI dan pergerakkan animasinya yang banyak mengalami perubahan (improvement).

  Selain CGI dan Animasi 3Dnya, qualiti Visual Effects yang ditonjolkan juga berbeza berbanding dengan visual effects yang pernah dilakukan dalam filem-filem Malaysia sebelum ini.  Hal ini menunjukkan yang kita semakin lama, semakin pengalami perubahan dan berusaha untuk memajukan qualiti CGI, 3D, Animasi dan Visual Effects dalam filem kita.  Dari sudut cinematografinya juga bagi saya cantik dan tidak terlalu cliche.

Kesimpulan:

    Kepada pihak produksi Mantera, saya berharap anda dapat mengkaji semula kelemahan jalan cerita ini, dan perbanyakkan lagi kajian supaya boleh diperbaiki  lagi pada filem yang bakal anda terbitkan pada masa akan datang.  Begitu juga harapan saya kepada penggiat-penggiat filem Malaysia supaya sama-samalah kita mencari jalan agar boleh menghasilkan sebuah karya yang bukan sahaja mantap dari segi CGI, 3D and VFX, malah juga mantap dari segi kualiti jalan cerita dan penuh dengan kesenian.  Saya sudah tidak sanggup mendengar lagi kata-kata keji, caci-maki dan kekecewaan rakyat Malaysia sendiri terhadap filem kita.  Apabila mendengar sahaja bukan hanya filem, tetapi juga muzik, barangan tempatan dan apa sahaja yang dihasilkan oleh Malaysia, tanpa menkaji dan mencuba dahulu sudah bersangka buruk dan mencebikkan bibir. 

   Kepada penonton dan juga seluruh rakyat Malaysia, janganlah kita hanya melihat sisi gelap sesuatu perkara lalu terus membenci, mencaci dan menghina, tetapi langsung tidak melihat sisi terangnya yg lebih luas. Kenapa kita tidak menyuluhkan cahaya kepada ruang yang gelap tersebut tanpa hanya membiarkan kegelapan itu semakin membesar??

Sekian, Terima Kasih.  Wallahualam....

2 comments:

Nizzam Baharuddin said...

perghh dah macam movie critic yang berjaye dah. haha panjang berjela

kau tau ape yang aku xsuke pasal filem malaysia ni? suke ikot trend. kalau baru je pandai buat model 3d sebok nak letak dalam filem. baru je pandai letak effect invisible sebok nak buat cite "halim munan" buat cite pasal nak tunjuk bakat bukan nak tunjuk cite.

Unknown said...

haha... poyo2 je aku nih.

Bagi aku, aku x kesah kalau dorg nk letak 3D, CGI or VFX dalam filem. omputeh n luar negara dulupon mase baru discover technology ni macam2 filem dorg buat yg x berjaya... Bagi aku bende tu macam satu praktis. Kalau ko tak buat bende2 tu macam mana ko nak jadi pandai? cuma mungkin salah satu bende yang industri filem Malaysia perlu ubah adalah jangan terlalu bermegah2 sangat sewaktu promosi sebab bila bermegah2 orang akan jadi High Expectation terhadap kita. bila tak jadi tu yg sakit...

Aku suke lagi dorang bereksperimentasi dengan VFX, CGI and 3D dalam pada masa yang sama elakkan criter2 cliche (gangster, hantu, lawak seram yang x jadi). Malaysia nih kene cari formula macam mana nk buat storyline yang bagus... tu jee. Kalau storyline dah strong xyah mahal2 sgt filempon bleh berjaya