Konco-Konco!!!

Monday, November 8, 2010

Alhamdullillah... Selamat sampai!!!

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia,

   Minta maaf banyak-banyak sebab dah lama sangat tak 'update' blog nih semenjak berada di Yogyakarta, Indonesia.  Maklum sahajalah dengan keadaan kemudahan yang tak berapa nak ada dekat sana dan masa kami yang sibuk untuk siapkan trailer animasi Panembahan Senopati.

Alhamdullillah,  atas doa daripada keluarga dan rakan-rakan serta usaha yang gigih daripada kerajaan Malaysia, seramai hampir 500 pelajar serta rakyat Malaysia yang berada di Jogja dan kawasan sekitar termasuk kami 7 orang daripada Universiti Kuala Lumpur yang sedang praktek industri di Politeknik Seni Yogyakarta telah berjaya di bawa pulang ke Malaysia atas sebab musibah bencana alam iaitu Letusan Gunung Merapi.

 Terima kasih atas kerjasama dan usaha Kerajaan Malaysia, Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), MARA, JPA, dan semua agensi-agensi yang terlibat dalam usaha pemindahan ini.  Kami di bawa pulang dengan menaiki pesawat Hercules C-130 tetapi sayang kami tidak dibenarkan mengambil gambar bersama-sama pesawat tersebut.  Biasalaa askar, macam-macam protokol kita kena ikut....

Ini laa rupanya pesawat yang kami naiki....  syok aihh~~~



Pelbagai kenangan pahit manis yang kami bertujuh hadapi sewaktu berada di Indonesia.  Selepas kontroversi BENDERA datang pula masalah Gunung Merapi tetapi Alhamdullillah rakyat Yogya semua baik dengan kami.  Mereka layan kami macam biasa dan sentiasa jaga kami terutama pihak PoliSeni dan juga Bu' Aini (penjaga rumah sewa kami).  InsyaALLAH saya akan update gambar-gambar kami sepanjang pengembaraan kami di sana termasuklah keadaan sewaktu hujan abu volkanik di tempat kami.  Nantikan artikel saya yang selanjutnya.......



Teruskan Menyokong Industri Hiburan Tanah Air

No comments: