Konco-Konco!!!

Thursday, July 22, 2010

Yogyakarta, Here I Come!!!

Hallooooo kawan-kawan!!!

     Sorry sebab dah lama gila tak update blog ini.  Aku sibuk la dalam beberapa minggu ini untuk menguruskan macam-macam perkara.  Maklumlah, tak lama lagi dah nak terbang ke seberang laut.  Jadi pelbagai persiapan la yang di perlukan??

YOGYAKARTA???
TERBANG???
SEBERANG LAUT???

APA YANG BUDAK NIH MENGARUT???!!!

HAHA.... Mesti dalam kepala hotak korang tertanya-tanya soalan macam inikan??  Kepada yang dah tahu tu haram faham laa ye ape yang aku cuba nak sampaikan ni dan kepada yang tak tahu lagi tu sekarang aku nk kasi tahu.

Pertama sekali aku nak mintak maaf la banyak-banyak sebab aku lambat bagitahu hal ni kt korang sume.  Aku bukan apa, tak nak jadi seperti ayam 'bertelur sebiji, riuh sekampung', lagipun perkara ni baru disahkan pada minggu lepas.  Nanti abih satu dunia aku canang tiba-tiba tak jadi aku jugak yang malu.

Masa cuti semester yang lalu (Mei-Julai 2010), aku bersama-sama 7 orang lagi kawanku iaitu Adli, Aizam (Dee), Hafiz Ashraf (Ironman), Hafiz Mohd (Ichigo), Muzzammil (Gambit) dan Ridzuan (Kotaro Minami) telah terpilih untuk menyertai program pertukaran pelajar ke Politeknik Seni Yogyakarta.  Di sana kami akan melakukan praktikal selama 3-4 bulan dan bekerjasama sama dengan pihak Politeknik untuk membuat projek animasi 'Panglima Awang' (click untuk rujuk).

Alhamdullillah, atas usaha semua lecturer Diploma in Animation (DIA), UniKL kami tinggal selangkah saja lagi untuk terbang ke yogyakarta.  Dijangkakan pada mulanya kami akan bertolak pada 1 Ogos 2010 ini, tetapi memandangkan hal Visa yang masih belum selesai (biasa laa masalah negara), mungkin kami terpaksa bertolak seminggu selepas tarikh tersebut. 

Aku ambil kesempatan ini untuk meminta maaf kat korang semua jika aku ada kesalahan sepanjang kita berkawan ni.  Aku tahu banyak kesalahan aku dah buat kt korang dengan mulut aku yang suka cakap lepas nih.  Kalo difikirkan setakat pergi Indonesia saja bukan jauhpun, lagipun 3-4 bulan saja bukan 3-4 tahun tapi malang tak berbau (kalo berbau, macam mane bau malang tuh ek??).  Dalam masa yang yg singkat tuh macam-macam bleh terjadi sama ada terhadap diri aku ataupun orang yang kat Malaysia ni.  Jadi ini sebagai persediaan awal laa yee.....  (harap-harap laa semua selamat).

Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi ini (macam misi pegi Gaza lak...) terutamanya kepada En. Dahlan (Head Section), Kak Yanti (staff unikl), Miss Suzy (or madam...), Mr. M, En. Zaky, En. Rafidi dan semua laaa yang terlibat....  Doakan kami semua berjaya mengharumkan nama Malaysia (chewahh...), selamat pergi dan selamat kembali.

Sekian sahaja untuk kali ini, aku akan update lagi sepanjang perjalanan kami ketika di Yogyakarta nanti jika berkesempatan.  

Majulah Animasi Untuk Malaysia

2 comments:

Mr.Dee said...

wei.. nama wan xdak..hahaa.. mengecil hati dia kang.. haha

SyazZ_One said...

thx!!! SEB BEKKK!!! GAGAGA