Konco-Konco!!!

Saturday, November 27, 2010

DJOGJA 2010 (Bahagian 1)

Pada tanggal 15 August 2010 yang lalu, kami 7 orang pelajar UniKL iaitu saya, Muzzammil Jamaluddin, Hafiz Ashraf, Hafiz Mohamad, Mohamad Aizam (kalo salah tolong btolkan), Ridzuan dan Adli Faisal telah ditugaskan ke Yogyakarta, Indonesia untuk menjalani program pertukaran pelajar.

Universiti Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan Politeknik Seni Yogyakarta, Indonesia untuk mengadakan pertukaran pelajar selama 3 bulan.  Pihak PoliSeni telah menghantar 5 orang pelajar mereka untuk meneruskan pengajian di UniKL.  Program ini telah sepatutnya berakhir pada 30 November 2010 ini tetapi atas sebab bencana alam iaitu letusan gunung merapi, kami terpaksa pulang ke Malaysia dengan lebih awal.



Ini laa keadaan kami sewaktu tiba di Lapangan Terbang (Bandara) Adisujipto, Yogyakarta.  Kami terpaksa menunggu selama lebih kurang sejam untuk dijemput. Maklumlah waktu itu semua orang tengah 'excited' sampai terlupa nak beritahu dekat pihak PoliSeni yang kami dalam perjalanan, setelah tiba di Bandara baru kami beritahu.  Hehehe.... menganga la kami selama sejam, nak makanpun tak boleh sebab tengah bulan puasa. 

Sejam selepas itu, kami diambil oleh DEKAN PoliSeni sendiri iaitu Pak Lazim bersama dengan supir PoliSeni Pak Shugeng (kowtt....) dan dibawa ke kediaman atau disini dipanggil kost atau bahasa mudahnya rumah sewa kami.  Kostnya tidak begitu jauh dengan kampus PoliSeni lebih kurang 10 ke 15 minit berjalan kaki.


Yang baju biru itu merupakan Dekan kepada PoliSeni iaitu Pak Lazim. Beliau banyak membantu kami sepanjang kami berada di Jogja serta menjaga kami dengan baik sekali.  Selain Pak Lazim, terdapat juga beberapa individu yang menjaga dan membantu kami disini seperti Pak Zakaria, Pak Sutar, Bu' Aini, Bu' Nur, Pak Shugeng, Pak Sabri, Pak Totok dan ramai lagi termasuklah Bu' Noto (nenek yang punya warung tempat kami makan tiap-tiap hari), tetapi sayang sekali kami tak sempat nak bergambar dengan mereka.... Mungkin ada gambar dorang terselit dekat kamera salah sorang daripada kami.



Inilah rupanya pensyarah animasi di Poliseni Jogja merangkap supervisor kami sewaktu di sana.  Nama dia Sabri Chaniago (bukan nama sebenar) tapi panggil die Pak Sabri, nama panjang dia yang sebenar tak sempat nak tanya pulak.  hehehe.....


Kalau anda semua nak tahu macam mana rumah sewa kami, inilah dia keadaan dia.....  setiap sorang diberikan satu buah rumah ala-ala chalet.  Setiap rumah ade satu katil, satu meja, satu kerusi, satu meja dan ada dapur serta bilik air sendiri.  Agak menarik la duduk dalam rumah nih, walaupun kene duduk sorang-sorang tapi sekurang-kurangnya ada 'privacy'..... Haih~~~ rindu laa pulak!!

OK la guys~~~  saya terpaksa beransur dulu, dah kering idea sebenarnya nih.  Nanti saya akan post bahagian kedua pula yang menyingkap pula sejarah Panembahan Senopati dan Kerajaan Mataram melalui penyelidikan yang kami telah buat dibantu oleh pensyarah-pensyarah PoliSeni Jogja.  Terima Kasih kerana membaca.


Teruskan Menyokong Industri Hiburan Malaysia

Monday, November 8, 2010

Alhamdullillah... Selamat sampai!!!

Assalammualaikum dan Selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia,

   Minta maaf banyak-banyak sebab dah lama sangat tak 'update' blog nih semenjak berada di Yogyakarta, Indonesia.  Maklum sahajalah dengan keadaan kemudahan yang tak berapa nak ada dekat sana dan masa kami yang sibuk untuk siapkan trailer animasi Panembahan Senopati.

Alhamdullillah,  atas doa daripada keluarga dan rakan-rakan serta usaha yang gigih daripada kerajaan Malaysia, seramai hampir 500 pelajar serta rakyat Malaysia yang berada di Jogja dan kawasan sekitar termasuk kami 7 orang daripada Universiti Kuala Lumpur yang sedang praktek industri di Politeknik Seni Yogyakarta telah berjaya di bawa pulang ke Malaysia atas sebab musibah bencana alam iaitu Letusan Gunung Merapi.

 Terima kasih atas kerjasama dan usaha Kerajaan Malaysia, Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), MARA, JPA, dan semua agensi-agensi yang terlibat dalam usaha pemindahan ini.  Kami di bawa pulang dengan menaiki pesawat Hercules C-130 tetapi sayang kami tidak dibenarkan mengambil gambar bersama-sama pesawat tersebut.  Biasalaa askar, macam-macam protokol kita kena ikut....

Ini laa rupanya pesawat yang kami naiki....  syok aihh~~~



Pelbagai kenangan pahit manis yang kami bertujuh hadapi sewaktu berada di Indonesia.  Selepas kontroversi BENDERA datang pula masalah Gunung Merapi tetapi Alhamdullillah rakyat Yogya semua baik dengan kami.  Mereka layan kami macam biasa dan sentiasa jaga kami terutama pihak PoliSeni dan juga Bu' Aini (penjaga rumah sewa kami).  InsyaALLAH saya akan update gambar-gambar kami sepanjang pengembaraan kami di sana termasuklah keadaan sewaktu hujan abu volkanik di tempat kami.  Nantikan artikel saya yang selanjutnya.......



Teruskan Menyokong Industri Hiburan Tanah Air