Konco-Konco!!!

Tuesday, January 20, 2009

Pengembaraan Kini Bermulaaa....


Berita baik kepada semua peminat dan penyokong industri animasi tempatan. Penantian anda selama ini telah berakhir dengan pengumuman yang telah dibuat oleh pihak Les' Copaque iaitu filem animasi 3D pertama Malaysia dengan tajuk Geng: Pengembaraan Bermula... telah siap sepenuhnya dan akan mula ditayangkan pada 12 Februari 2009.

Filem animasi selama 90 minit ini dibuat oleh sebuah syarikat animasi tempatan yang semakin berkembang maju iaitu Les' Copaque. Penghasilan filem ini telah menelan belanja sebanyak kurang daripada RM 4 juta (USD 2 million) dengan pekerja seramai 40 orang serta mengambil masa lebih kurang 3 tahun untuk disiapkan.

Mengenai Geng

Filem Geng: Pengembaraan bermula merupakan sebuah filem action-adventure dan ditujukan khas untuk tontonan seisi keluarga. Filem ini sangat unik kerana filem ini menampilankan keindahan alam sekitar serta flora dan fauna di Malaysia. Selain itu, filem ini juga memperkenalkan budaya serta gaya hidup orang Malaysia yang tinggal di kawasan kampung dan masyarakat yang berbilang bangsa. Filem ini penuh dengan elemen-elemen pengembaraan, fantasi, nasihat serta humor.

Sinopsis

Sesuatu telah mengganggu keamanan penduduk Kampung Durian Runtuh. Orang kampung sering bercerita mengenai makhluk-makhluk menakutkan yang suka keluar pada waktu malam. Namun tiada sesiapa yang sanggup menyiasat perkara tersebut sehingga Badrol, Lim dan rakan-rakan baru mereka menyiasat sendiri perkara tersebut. Rajoo telah menjumpai seekor haiwan kecil yang tidak dikenali spesisnya lalu membawa kepada bermulanya pengembaraan Geng. Mereka telah berjalan mengembara ke dalam hutan hujan Malaysia cantik serta bermula dengan pelbagai haiwan bahaya serta seekor ular gergasi yang selama ini dikatakan sebagai mitos orang Malaysia.

Filem Geng: Pengembaraan Bermula... ini telah berjaya dibawa ke pasaran antarabangsa dan membuka mata rakyat asing bahawa kita juga mampu menghasilkan filem animasi yang berkualiti tinggi. Filem ini akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia juga beberapa negara Asia Tenggera seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. Sebuah syarikat di Korea juga telah berminat untuk menerbitkan filem ini dalam versi alih suara Korea.

www.lescopaque.com
www. gengmovie.blogspot.com
www.gengthemovie.com







Saksikan Geng: Pengembaraan Bermula... di panggung wayang seluruh Malaysia pada 12 Febuari 2009. Sokonglah animasi tempatan.


Daripada,
Shaun-UniKL

No comments: