Konco-Konco!!!

Sunday, February 12, 2012

MANTERA - Paradigma Dunia CGI Malaysia!

MANTERA - sebuah filem Science Fiction (Sci-Fi) pertama yang menggunakan CGI secara meluas dihasilkan oleh Malaysia (Flare Studio) dan kerjasama dengan Spacetoon Media Hub.  Watak utama filem ini dilakonkan oleh juara One In A Million musim ke-3 iaitu Tomok (vokalis kumpulan New Boyz).

Filem ini mengenai seorang budak lelaki, Azman (Tomok) yang menemui sarung tangan berteknologi nano yang membolehkan motosikalnya berubah bentuk menjadi zirah badan mekanikal.

Memandangkan filem ini adalah percubaan pertama dari Malaysia, saya takkan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada filem ini terutamanya dari segi CGI atau Penceritaan (storyline).

Walaubagaimanapun, saya masih berbangga sebab ada melihat peningkatan dari segi kualiti dalam filem Malaysia.
Industri CGI kita masih lagi baru dan melalui proses pembelajaran, masih banyak kajian yang perlu dilakukan dan juga memerlukan kos yang tinggi.

Berilah ruang kepada industri kita untuk berkembang, janganlah hanya menilai dari segi keburukan sahaja tetapi nilailah dari segi perubahan yang telah kita alami dari awal-awal dunia CGI atau animasi 3D diperkenalkan di Malaysia sekitar pertengahan tahun 90-an sehingga sekarang.  Bagi saya banyak perubahan yang boleh dibanggakan jika anda betul-betul mengikuti atau mengkaji perkembangan animasi 3D/CGI di Malaysia.  Kalau kita terus berusaha dan memberikan kepercayaan kita kepada industri animasi kita, InsyaALLAH kita akan dapat bersaing di peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai filem MANTERA ini bolehlah layari :
www.ManteraTheMovie.com
ManteraTheFacebook

SOKONGLAH INDUSTRI HIBURAN MALAYSIA