Konco-Konco!!!

Tuesday, June 16, 2009

UPIN & IPIN: ANGKASA!!!

After a HUGE success of GENG: THE ADVENTURE BEGIN, Les' Copaque Production will produce their second animation film with the title UPIN & IPIN ANGKASA. IF they have no obstacle, this animation will be come out on 2011. Lets hope for another VERY HUGE SUCCESS for Les' Copaque Production. The Malaysian are counting on you guys to make us proud and to prove to the all sceptical that Malaysia also can produce very good animation like US, Japan and others.

For video teaser please visit this website: http://www.upinipinangkasa.com/


SUPPORT MALAYSIAN ANIMATION

Monday, June 15, 2009

DIGITAL PAINTING!!!!

Hye guys!!! Dah lama tak post artikel kat blog animasi nih. Agak sibukla dengan kerja sambilan dan kelas piano lagi. Kali ini saya nak pamerkan 'DIGITAL PAINTING' yang telah saya lakukan, tak banyak artworkpown tapi saja nak berkongsi hasil kerja.
Diingatkan bahawa semua hasil kerja saya ini dilakukan dengan bantuan software ADOBE PHOTOSHOP!!!

Kali PERTAMA....



Inilah hasil kerja pertama saya yang dilakukan menggunakan Burn n Dodge Tool dalam photoshop. Ini merupakan Assignment untuk subjek Perspective and Layout Design. Gambar jambatan ini di ambil daripada www.fengzhudesign.com.

Final Presentation Perspective and Layout Design



Ini pula adalah artwork kedua saya dalam Digital Painting untuk Final Presentation subjek Perspective and Layout Design. Saya menghabiskan masa selama 2 minggu utk siapkan artwork ini dengan bantuan dan nasihat daripada En. Mohd Zaky, pensyarah kami untuk subjek ini. Walau bagaimanapun masih nampak NOOB gilakan??? ehm.....

Final Presentation Character Design




HAH!!! Yang ini pulak untuk subjek Final Presentation Character Design. Macam mana pendapat korang?? Dah ade improvement tak?? HUHUHUHU.... boleh arr, xde arr terer sangat.

TERBARU!!!!




Inilah artwork terbaru saya dalam digital painting. Artwork ini saya buat waktu cuti panjang. Tatkala kebosanan melanda diri, tiba-tiba 'eX' saya telefon dan minta saya buatkan art ini untuk pakwenya punya band. Sayapun dengan rasa 'bangganya' buat art ini. HEHEHE.....

Buluh yang sangat MEMBANTU....



Buluh bukan sembarang buluh, buluh berasal daripada LOWYAT... hahaha.... Jangan salah sangka pulak, bukan saya melukis pakai buluh tapi saya menggunakan pen tablet berjenama BAMBOO keluaran Wacom. Wacom merupakan syarikat pengeluaran pen tablet yang paling bermutu dan berkualiti. Pen tablet ini memudahkan kita melukis dengan smooth dan cantik seakan kita melakukannya secara manual di atas kertas. Harga dalam RM6++, kalo pandai ayat dapat la lagi murah. Walaupun harga agak mahal tapi bagi saya ini merupakan pelaburan yang agak berbaloi.

Sekian sajalah penulisan saya untuk kali ini. InsyaALLAH kalo ade bahan2 yang menarik lagi nanti saya tulis lagi. Terima Kasih kerana sudi untuk membaca blog saya. Ingin juga saya memberi nasihat kepada rakan-rakan yang berminat dalam bidang graphic, animasi, seni lukis dan yang seangkatan dengannya janganlah mudah mengalah, teruskan usaha dan banyakkan latihan. Paling penting sekali jangan berkira sangat untuk membeli barang-barang keperluan, bukan untuk orang lainpun untuk memajukan diri kita sendiri juga.

Sampai bertemu lagi di topik yang baru dan jangan lupa berikan segala komen, kritikan, kutukan dan hentaman untuk hasil kerja saya ini ya... supaya saya boleh tingkatkan lagi mutu dan kualiti kerja. Sekian, Terima Kasih!!

SOKONGLAH ANIMASI TEMPATAN