Konco-Konco!!!

Tuesday, March 31, 2009

Taru - Yesterday!!!

Hye guys!! On this post, I want to share a music video with all of you. My friend, Nik, have introduced me to a cute little Korean singer named Taru. I searched for her Music Video(MV) and I found this interesting MV. This is one of the Taru's song called Yesterday, I found it interesting because it made this MV like an animatic anime storyboard. I'm not sure whether this is her official MV or just a fan-made but for me, I LOVE IT!! Enjoy this song!!

Monday, March 16, 2009

Lawatan Sambil Melukis!!!!




Hai semua rakan-rakan, maaflah lama dah saya tidak kemas kini blog ini. Saya sedang sibuk teramat sangat ini dengan tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh para pensyarah. Pejam celik tidak sedar yang masa tidak lagi 4 minggu untuk semester kedua ini tamat. Risau betul rasa dihati ini, kerja banyak tapi masih ada yang belum siap lagi. kekekeke....


Kali ini saya hendak berkongsi pengalaman sewaktu kami, pelajar-pelajar animasi UniKL, membuat lawatan sambil melukis di ZOO Negara pada 26 Februari 2009 yang lalu. Walaupun cerita ini sudah agak basi tapi saya tetap ingin berkongsi pengalaman (walaupun hanya sekadar gambar).








Kami bertolak lebih kurang pukul 11 pagi dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak Universiti Kuala Lumpur, walaupun sepatutnya kami perlu bertolak pada pukul 10 pagi. Hendak buat bagaimana, orang Malaysia. Inilah gambar kami ketika baru sampai di perkarangan ZOO negara. Cuaca agak panas terik, walaubagaimanapun, kami tetap meneruskan perjalanan. hehehe....









Ini pulak sesi bergambar sebelum masuk ke dalam ZOO negara, bak kata orang kenangan yang indah itu hanya datang sekali. Jadi, ape salahnya kami gila kamera seketika?? Ada Aku Kesah??!! hehehe...






Maka dengan ini, bermulalah ekspedisi mencari haiwan untuk dilukis....











Setelah mendapat haiwan yang berkenan di hati maka aktiviti melukispun berjalan. Masing-masing tengah khusyuk betul mengadap lukisan masing-masing.










Keriangan selepas bermandi hujan, pada pukul 4 petang kami bergerak pulang ke Universiti Kuala Lumpur semula dalam keadaan hujan yang agak lebat kemudian rengai-rengai.

Sampai disini sahajalah ekspidisi kami di ZOO Negara pada 26 Februari 2009 yang lalu. Diharapkan agar pelajar-pelajar Animasi UniKL akan terus maju dan berusaha dan mencapai cita-cita masing-masing. Terima Kasih semua kerana membaca, selamat tinggal!!!!