Konco-Konco!!!

Thursday, May 17, 2012

MANTERA : Kecewa tapi masih boleh dibanggakan!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

   Sudah lama rasanya tak post apa-apa artikel.  Hari ini, Khamis (17.5.2012), bermulalah tayangan filem yang sudah lama terperap dan dinantikan iaitu MANTERA.

   Ya, saya sudahpun menontonnya siang tadi, seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga tidak sabar ingin melihat hasil filem Mantera ini yang digembar-gemburkan melalui teknik CGI-nya.  Oleh itu, saya akan memberikan ulasan serta pandangan saya mengenai filem ini.

   Walaupun belum cukup 24-jam ditayangkan, sudah ramai yang memberikan pandangan mereka mengenai filem ini.  Ada yang suka, ada yang tidak suka (tetapi seperti biasa apa yang saya lihat ramai yang tidak suka berbanding yang suka).

    Iya, memang saya tidak menafikan, jalan ceritanya memang amat mengecewakan.  Walaubagaimanapun ia tidak menjadi satu masalah besar bagi saya kerana saya telahpun 'SET'kan diminda saya semenjak lebih kurang setahun yang lalu (semenjak trailer pertama MANTERA di lepaskan) supaya langsung tidak mengharapkan apa-apa daripada penceritaannya.  Seperti kebanyakkan filem-filem Malaysia sebelum ini,  kita memang TERLALU BERMASALAH dan LEMAH dari segi penyampaian jalan cerita dan skrip.  Saya sendiri tidak tahu begaimana ingin mengubahnya.  Mungkin ada yang kata "Eleh, dah jadi macam ni baru laa nk cakap set minda laa apa laa, sebab nak tegakkan benang yang "basah" la tu!!!".  Anda boleh rujuk entri saya TIGA BULAN LALU disini Mantera: Paradigma CGI Malaysia.


   Walaubagaimanpun, adakah dengan kekurangannya itu boleh menjadi lesen untuk kita langsung membutakan mata kita terhadap peningkatan dan kebaikan yang ada dalam sesebuah filem itu?  Kenapa kita hanya melihat yang buruk sahaja? seboleh-bolehnya ingin mencari keburukan sampai perkara yang paling kecil juga kita pertikaikan?  Langsung tiada yang baik ke dalam sesebuah filem itu?  Nilai dulu dengan teliti, menggunakan akal bukannya emosi.



SPOILER ALERT!!


Kelemahan MANTERA:

    Kelemahan Mantera yang paling ketara sekali adalah Jalan Cerita (Storyline).  Penulisan skripnya sangat tidak kuat, terlalu perlahan.  Malah sangat sedikit babak yang menceritakan dan menunjukkan mengenai 'suit' MANTERA tersebut dan apa dia mantera itu sendiri, boleh dibilang dengan jari rasanya berapa kali sahaja Azman (Tomok) bertukar menjadi MANTERA.  Cerita mengenai kehidupan Azman sendiri sangat sedikit, kebanyakkan babak dihabiskan dengan cerita Dark Legions mengejar Dr. Natasya.

  Susunan plot juga tidak kemas, kebanyakkan babak muncul secara tiba-tiba, seakan-akan kita menonton filem di saluran televisyen yang mempunyai banyak 'scene cut' semata-semata ingin memberi ruang kepada iklan.  Ini menyebabkan penonton tidak dapat memahami jalan cerita.

  Satu lagi kelemahannya adalah pencahayaan pada filem ini, sepanjang jalan cerita skrin kelihatan gelap... tidak tahu kenapa, adakah masalah teknikal dipanggung wayang atau memang macam itu?  Kerana bila lihat trailer di TV jelas sahaja gambarnya.

  Mengenai CGInya, sudah tentu mempunyai kelemahan, kita sangat muda dalam bidang ini... objek 3D yang ada dalam filem ini masih tidak blend dengan persekitaran dan kelihatan seperti permainan video.  Animasinya pula masih perlu diperbaiki.

Kekuatan MANTERA:

   Meskipun terlalu banyak kelemahan yang terserlah dalam filem ini, tetapi itu bukan bermaksud tiada langsung yang bagus mengenai filem ini.  Satu perkara yang saya kagum dengan MANTERA adalah keberanian Flare Studio untuk menghasilkan sebuah filem yang lari daripada cliche filem tempatan yang membanjiri pawagam kita sekarang ini.

   Filem melayu sekarang ini tidak habis-habis dengan genre berbentuk gangsterism, lawak tidak berapa hendak menjadi, dan cerita hantu yang tidak seram.  Sekurang-kurangnya, Flare Studio berani mengambil risiko untuk membuat pembaharuan dan paling penting adalah mencuba.  Bagi saya, filem Mantera ini adalah sebuah filem experimental untuk belajar menghasilkan teknik CGI dan Visual Effects.  Kita tidak dapat menghasilkan sesuatu yang terus sempurna (perfect) tanpa dengan belajar dan mencuba serta melakukan kajian.  Jika anda mempunyai Astro Movie Package dirumah, saya meminta anda untuk menonton filem-filem US pada tahun 80an-90an dimana mereka mula-mula melibat diri dalam teknik CGI.  Tahapnya tidak ubah juga seperti kita sekarang ini, tetapi kini kita melihat teknik mereka seperti telah melangkaui batas masa dek kerana hasil usaha mereka untuk belajar dan terus belajar.

   Salah satu perkara yang boleh dibanggakan adalah dari segi peningkatan yang ditunjukkan oleh MANTERA melalui teknik CGI dan animasinya.  Walaupun tidak sehebat dan setanding dengan mana-mana filem CGI produksi luar negara yang mempunyai berpuluh atau beratus pekerja, tetapi bagi saya ianya tidaklah seteruk mana dan boleh diterima akal.  Jika dilihat melalui filem-filem CGI kita sebelum ini seperti Antoo Fighter, Cicakman dan beberapa filem lagi, kita boleh melihat evolusi qualiti CGI dan pergerakkan animasinya yang banyak mengalami perubahan (improvement).

  Selain CGI dan Animasi 3Dnya, qualiti Visual Effects yang ditonjolkan juga berbeza berbanding dengan visual effects yang pernah dilakukan dalam filem-filem Malaysia sebelum ini.  Hal ini menunjukkan yang kita semakin lama, semakin pengalami perubahan dan berusaha untuk memajukan qualiti CGI, 3D, Animasi dan Visual Effects dalam filem kita.  Dari sudut cinematografinya juga bagi saya cantik dan tidak terlalu cliche.

Kesimpulan:

    Kepada pihak produksi Mantera, saya berharap anda dapat mengkaji semula kelemahan jalan cerita ini, dan perbanyakkan lagi kajian supaya boleh diperbaiki  lagi pada filem yang bakal anda terbitkan pada masa akan datang.  Begitu juga harapan saya kepada penggiat-penggiat filem Malaysia supaya sama-samalah kita mencari jalan agar boleh menghasilkan sebuah karya yang bukan sahaja mantap dari segi CGI, 3D and VFX, malah juga mantap dari segi kualiti jalan cerita dan penuh dengan kesenian.  Saya sudah tidak sanggup mendengar lagi kata-kata keji, caci-maki dan kekecewaan rakyat Malaysia sendiri terhadap filem kita.  Apabila mendengar sahaja bukan hanya filem, tetapi juga muzik, barangan tempatan dan apa sahaja yang dihasilkan oleh Malaysia, tanpa menkaji dan mencuba dahulu sudah bersangka buruk dan mencebikkan bibir. 

   Kepada penonton dan juga seluruh rakyat Malaysia, janganlah kita hanya melihat sisi gelap sesuatu perkara lalu terus membenci, mencaci dan menghina, tetapi langsung tidak melihat sisi terangnya yg lebih luas. Kenapa kita tidak menyuluhkan cahaya kepada ruang yang gelap tersebut tanpa hanya membiarkan kegelapan itu semakin membesar??

Sekian, Terima Kasih.  Wallahualam....

Friday, April 27, 2012

AVENGERS - Quick Review

Akhirnya,  filem yang dinantikan oleh sekelian manusia yang merupakan penggemar komik atau kartun adiwira keluaran Marvel iaitu Avengers telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia semalam (Khamis 25/4/2012).  Alhamdullillah, saya berpeluang menjadi antara rakyat Malaysia yang terawal menonton filem ini.

Oleh kerana ilmu perfileman saya sangat cetek, saya akan melakukan review pantas dan ringkas sahaja mengenai filem AVENGERS ini:

AVENGERS

    Melalui pandangan saya yang kurang pengetahuan dalam ilmu perfileman ini, filem Avengers sangat menarik untuk ditonton dan boleh dikatakan puas hati serta anda pasti tidak akan berasa kecewa (terpulang kepada individu) apabila menontonnya.  Kehebatan Hollywood dalam kesan khas dan CGI tidak perlu dipertikaikan lagi, penyusunan jalan cerita yang menarik dan teratur.
 
    Walaubagaimanpun, pada saya, filem ini agak kekurangan faktor WOW-nya dalam memperkenalkan setiap Adiwira tersebut dan juga ketika satu adiwira berjumpa dengan satu adiwira yang lain. Saya kurang berasa teruja apabila setiap Adiwira itu muncul dalam filem ini, perasaan teruja yang saya maksudkan adalah seperti "Weh, Ironman nak keluar!! Ironman nak keluar weh!!! WOooo... COOOLL!!!", (macam itulah lebih kurang.. hehe.. =D).  Sungguhpun begitu, terpulanglah kepada anda.. mungkin anda dapat merasakan keterujaan yang saya maksudkan kerana 'Roh' adiwira tersebut telah meresapkan kedalam jiwa anda. hehe...


Review mengenai setiap watak utama:

Bruce Banner/HULK - Seorang adiwira yang sempoi tetapi sangat kuat serta kadang-kala ada unsur humour.  Filem ini mula hidup apabila Dr. Banner bertukar menjadi Hulk.

Tony Stark/Ironman - merupakan penyeri dan penambah perisa kepada filem ini dek kerana aksi-aksi lawak yang beliau lakukan.  Beliau juga mempunyai memainkan peranan penting dalam pasukan Avengers.

Captain America - Mempunyai semangat serta ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan berwibawa.

Thor - Tidak begitu banyak peranan, tetapi sangat membantu pasukan Avengers dalam menetang makhluk asing ketika keadaan huru-hara.

Hawkeye - COOL!!  Modern Legolas....  rasa macam nak belaja memanah pula.

Black Widow - WoW!  FANTASTIC BABY!

Nick Fury - Mula-mula kelihatan seperti beliau ingin mempergunakan Avengers dan mempunyai agenda tersembunyi.  Rupa-rupanya beliaulah yang mempertahankan dan paling mempercayai The Avengers.

Sekian sahaja review saya untuk filem Avengers ini, ingin saya tekankan disini segala pendapat saya mengenai filem ini hanyalah berdasarkan citarasa dan fahaman saya sahaja.  Mungkin berbeza pula dari padangan anda.  Oleh itu, jika ingin mengetahui filem ini berjaya atau tidak, tontonilah sendiri filem ini dipawagam berhampiran anda ya?

Sekian, Terima Kasih.

p/s: Sampai mengigau-igau jugalah lepas tengok filem ini.. hehehe... =D

Wednesday, April 25, 2012

Nice Song, Nice Animation

Sekian lama tak mengemas kini... tak tahu nak update ape kt blog nih.  hehe...  Layan je laa video nih, menarik gak lagu n animation dia.  Credit to Nik Aslam (my Mok Brother).



Sunday, March 25, 2012

Seni Buat Ibunda...

   Pada Tanggal 22 Mac 2012 yang lalu bersamaan dengan 29 Rabiul Akhir 1433 Hijrah, maka genaplah umur ibuku yang ke Jubli Perak, iaitu 50 tahun.  Alhamdullillah, sudah 50 tahun Ibuku menetap dibumi Allah ini.  Harapnya semoga Allah memanjangkan lagi usia ibuku serta dalam keadaan sihat sejahtera supaya dapat dia melihat saya berjaya dalam dunia dan akhirat. InsyaALLAH.

Sempena dengan Hari LAhirnya yang ke-50 tahun ini, saya telah bercadang untuk memberikan hadiah istimewa buat dia.  Saya hanyalah seorang pelajar dan masih belum bekerja, oleh itu saya tidak punya wang untuk membelikan ibundaku hadiah yang mahal-mahal.  Saya ingin menghadiahkan dia sesuatu yang kekal lama, jika saya hadiahkan pakaian, kasut atau seumpama dengannya.. barang2 itu semua tidak tahan lama... Pakaian bile lusuh akan jadi buruk dan disimpan. kasut jika haus akan dibuang.  Ingin saya hadiahkan barang kemas tidak bermodala pula.

Oleh itu, saya telah menyiapkan sebuah digital painting khas buat Ibunda tercinta.  Makan masa 2 minggu untuk siapkan sebab sehari cuma boleh luangkan masa selama 2jam sahaja untuk buat Digital Painting ini.  Waktu lain itu terpaksa dipenuhkan dengan tugas-tugas sebagai anak sulung... huhu...  Kalau orang lain yang lukis dalam 2 minggu mesti realistik gila, tapi apakan daya saya.


Inilah sahaja hasil seni saya buat Ibunda, walaupun tak realistik 100 peratus tapi bolehlaaa... saya juga masih lemah lagi dalam penghasilan potrait.  Bak kata pepatah Melayu, "Serupa tapi tak sama".  hehe...

Sekian sahaja untuk saya hari ini. Selamat Hari Lahir Ibuku, Wan Shakhariah Anum bte Wan Ahmad Kamal.  Tidak lupa juga kepada Nenda yang dikasihi yang juga menyambut Hari Lahirnya pada bulan ini iaitu Hasiah Tuah.

Tuesday, March 13, 2012

Bola Kampung The Movie 3D!!

Assalammualaikum semua,
    Pada malam ini, saya berasa sungguh berbangga terhadap peningkatan yang ditunjukkan oleh animasi Malaysia.  Setelah kejayaan filem animasi Seefood yang sedang ditayangkan dipawagam sekarang, saya terlihat trailer sebuah lagi filem animasi dari Malaysia yang InsyaALLAH bakal ditayangkan pada tahun ini juga.  Terima Kasih kepada kawan saya yang post trailer ini di Facebook.

   Pasti anda pernah mendengar mengenai animasi 2D Bola Kampungkan?  Animasi tersebut pernah ditayangkan disaluran Disney Channel, dan pada tahun ini pihak Animasia Studio Sdn. Bhd telah menghasilkan Bola Kampung The Movie tetapi dalam bentuk 3D

Mari kita lihat trailer filem animasi Malaysia yang terbaru ini:


Bagaimana?? COOL tak??  hehe... tengok trailerpun dan macam menarik, harap-harapnya Bola Kampung the Movie ini tidak akan menghampakan rakyat Malaysia terutama penggemar animasi.

Untuk kepastian dan keterangan lanjut sila layari laman sesawang rasmi BolaKampungMovie


SOKONGLAH INDUSTRI HIBURAN TEMPATAN