Konco-Konco!!!

Thursday, November 22, 2012

WAR OF THE WORLD: GOLIATH

SPOILER ALERT!!!!

Assalammualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.....

   Setelah lama mendiamkan diri, kini saya kembali lagi ke dalam dunia maya ini.  Maaflah jika anda tertunggu-tunggu kemas kini daripada  saya (ada ke yang baca blog ini?? hehe...).  Bukan apa, saya begitu sibuk dengan kerja, tanggungjawab dengan keluarga dan ditambah pula dengan rasa sedih dan hiba menyelubungi diri setelah Ibunda saya pergi kembali ke 'kampung halaman' pada 24-JUN-2012 yang lalu (AL-FATIHAH....).

  Kini saya kembali ingin membawakan kepada anda sebuah lagi hasil animasi Malaysia yang sangat membanggakan.  Alhamdullillah, semakin meriah industri animasi kita pada masa kini.

  Ini lah filem animasi yang saya ingin perkenalkan kepada kalian, sebuah filem animasi gabungan 2D dan 3D yang boleh dikatakan bertaraf Antarabangsa.  Melalui pengarahnya Joe Pearson (Epoch Ink Animation) dan hasil kerjasama Tripod Entertainment dan MDeC serta FINAS Malaysia telah berjaya dinobatkan sebagai 'Best 3D Animated Feature Film' ketika di Los Angeles 3D Film Festival, berjaya mendahului filem 3D Madagascar 3 dan ParaNorman (Rujuk Sini).

  Filem ini telah di reka bentuk oleh Studio Climb di Kuala Lumpur serta mendapat kerjasama artist dan pereka 'storyboard' antarabangsa di Seoul, Korea.  Filem ini ditayangkan menggunakan teknologi stereoscopic 3D dan segala kerja music score, sound design, voice direction, mixing, visual effects, editing dihasilkan oleh Imaginex Studios dan BaseCamp Film, Kuala Lumpur.

 

  Filem ini mengisahkan sekumpulan tentera gabungan daripada seluruh dunia yang terpilih berdasarkan kehebatan mereka dalam berjuang untuk menentang makhluk asing daripada planet Marikh yang datang ingin menakluki bumi (demi koko yang dicari-cari.... EH!).  Eric Wells dan ahli kumpulannya Patrick o'Brien, Jennifer Carter, Abraham Douglas dan Raja Iskandar Shah (daripada Tanah Melayu yang disuarakan oleh Tony Eusoff) terlibat dalam misi menentang mahkluk asing tersebut penggunakan kenderaan bersenjata yang dipanggil 'Tripod'.

Saya baru sahaja menonton filem ini malam tadi (22/11/2012) dan bagi pendapat saya ianya sangat membanggakan, kerana akhirnya, Malaysia berjaya menghasilkan animasi yang sangat terperinci hasil kerjanya dan setanding kualitinya dengan animasi yang pernah dihasilkan produksi luar negara sebelum ini.  Pergerakkan animasinya juga lancar (smooth) dan tidak kaku seperti animasi 2D Malaysia sebelum ini yang pernah kita lihat dikaca TV atau yang layar perak.  Penceritaan dan penyusunan plotnya pula boleh diperbaiki lagi untuk mendapatkan kesan yang lebih dramatik dan mantap.  Begitu juga dengan kesan khas (visual effects) yang boleh diperbaiki lagi.

   Alhamdullillah kerana saya berjaya melihat peningkatan demi peningkatan dalam kualiti animasi negara kita dan harap-harap pihak produksi selepas ini akan lebih konsisten dalam mementing kualiti ketika menghasilkan animasi mahupun filem dan terus menerus mengalami peningkatan.  Itu yang kita mahu lihat iaitu PENINGKATAN.  Kita masih muda dalam bidang ini, tidak boleh dengan hanya satu dua filem/animasi dihasilkan boleh jadi perfect~!!  Sila paham itu, sedangkan animasi diluar negara bermula sejak tahun 1868 lagi manakala Hollywood pula bermula pada tahun 1902 (atau mungkin lama lagi sebelum itu).

  Apa yang lebih membanggakan saya lagi adalah watak Leftenan Raja Iskandar Shah yang mewakili orang Melayu di Pergugusan Kepulauan Melayu Raya ini.  Watak ini di lakonkan oleh Tony Eusoff, seorang pelakon yang mempunyai nama di Malaysia.  Dalam filem ini juga ada menunjukkan Shah menggunakan KERIS untuk melawan alien malah ada juga babak yang menunjukkan beliau SOLAT serta berbahasa MELAYU.  Alhamdullillah, secara tidak langsung, kita mula mempromosikan agama dan budaya orang Melayu Islam di Malaysia ini.  InsyaALLAH.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai filem ini, sila layari laman web rasminya iaitu http://wotw-goliath.com/productionblog/index.html


~Nur Syazwan Arasy Al-Wangsari~